Valve Mengacah Projek Besar Dengan Pelancaran Laman Web Rasmi Mereka

Valve, syarikat gergasi yang membangunkan Dota 2, CS:GO, Half Life dan Left 4 Dead kini nampaknya makin serius dengan perancangan strategik mereka tahun ini.

Walaupun tak ada berita pasal Half Life 3, mereka ada projek yang lebih bagus tahun ini. Valve melancarkan laman webnya kembali dengan rekaan terbaru dan paling penting, pengambilan pekerja. Ini menunjukkan Valve lebih serius untuk membawa kakitangannya mengusahakan projek terbaru.

Dalam senarai tawaran kerja itu, ada satu hint yang mana permainan top secret sedang dalam proses dibangunkan. E3 sudah dekat dan mungkin Gabe Newell akan membuat kejutan lagi sekali di pentas PlayStation seperti yang pernah dibuat untuk Portal 2.

Tawaran kerja itu juga menunjukkan klu yang besar. Sebagai contoh, ada posisi level designer yang mengatakan “membangunkan dunia game dalam kaedah 3D” dan “menggunakan entity scripting untuk mewujudkan turutan sinematik dalam gameplay”. 

Bukan itu saja, Valve juga mungkin ingin memfokuskan game seakan Last of Us (dari teknik penceritaan) berdasarkan “penulisan naratif dan sinematik permainan video” di senarai tugasan untuk penulis. 

Sekarang kita hanya tahu dua projek daripada Valve. Pertamanya, Campo Santo. Kedua, Artifact, permainan kad di telefon pintar yang membuatkan peminat tak sabar menunggu.  Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang berita menarik ini, bolehlah ke laman web rasmi mereka di SINI. Klik tau jangan tak klik!

Sumber: Valve Software

RELATED NEWS

+