vivo v3Oe bakal dilancarkan dengan rekaan unik, sertai peraduan dalam talian menang hadiah menarik

vivo malaysia baru-baru ini mengacah kemaskini baru untuk model vivo V30e 5G yang menggabungkan keanggunan jam tangan mewah bersama bulatan berbentuk awan.

Varian unik ini diinspirasikan dari perubahan warna pada langit cerah di mana unit pasukan di vivo memperkenalkan varian Sky Mirror yang mana pengguna boleh menikmati warna menawan yang bertukar dari putih, ke emas memukau dan tona ungu dengan hanya sentuhan.

vivo V30e 5G mencipta standard tersendiri untuk rekaan telefon pintar. Di samping itu, mereka juga akan menjalankan peraduan dalam talian di mana anda boleh menyertainya untuk memenangi hadiah menarik. Ikuti langkah mudah ini:

  • Peminat vivo perlu membuat carian vivo v30e 5G di Google dan lihat cirinya.
  • Kemudian, mereka perlu screenshot imej vivo v3oE 5G dan post hantaran di laman sosial.
  • Akhir sekali, sertakan hashtag #vivoV30e #PortraitSoPro #vivoV30eWithSonyIMX882 untuk meningkatkan peluang kemenangan.

Tertakluk kepada terma dan syarat.

Anda juga dijemput beramai-ramai untuk ke Concept Store vivo di Sunway Pyramid pada 27 April dari jam 2 petang ke 5 petang untuk mencuba model ini buat pertama kali sebelum ia dilancarkan secara rasmi.

 

RELATED NEWS

+