Wynn dan Maima sah sertai Team Caracal

Team Caracal adalah salah satu pasukan yang berjaya mendapat tempat keempat di Liga Profesional Mobile Legends musim ke-9.

Namun begitu, mereka tidak menemui rentak mereka di musim ke-10 dengan kehadiran barisan pemain baru.

Mereka menduduki tempat tercorot di kumpulan B dan hampir disingkirkan dari bermain di peringkat playoff.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Karaku Caracal (@team_caracal)

Kini, selepas mengumumkan jungler dan midlaner mereka iaitu Ken Meow dan Badboyy Meow keluar dari pasukan. Mereka membawa masuk Maima dan juga Wynn untuk melengkapkan pasukan mereka.

Maima dipinjam dari pasukan Geek Fam manakala Wynn diambil oleh kerana statusnya sebagai agen bebas.

Adakah kemasukan Wynn dan juga Maima akan mengubah nasib Team Caracal kali ini dan layak ke playoff? Kita bakal saksikan. 

RELATED NEWS

+