YouTube akan buang bilangan ‘dislike’

YouTube mula melaksanakan kemaskini bahawa mereka akan membuang bilangan ‘dislike’ di video daripada pandangan orang awam. Langkah ini adalah dikatakan untuk menghentikan kekasaran dan serangan ‘dislike’.

Melalui laman blog mereka, Youtube memperincikan di mana pengguna dikatakan cenderung untuk memberikan ‘dislike’ kepada sesuatu video. Dengan membuang bilangan ini, ia sedikit sebanyak mengurangkan masalah ini. 

Bahkan, langkah ini sedikit sebanyak mengurangkan serangan ‘dislike’ yang sering berlaku kepada pembikin kandungan kecil dan saluran mereka. 

Buat masa ini, pengguna masih boleh memberikan ‘dislike’ tetapi bilangannya hanya akan diperlihatkan oleh pembikin video itu di dalam papan pemuka pengguna, YouTube Studio.

Setakat ini, video YouTube yang memegang rekod paling banyak ‘dislike’ ialah video 2018 YouTube Rewind dengan jumlah ‘dislike’ sebanyak 19 juta. 

Artikel ini diterjemah dan disunting daripada IGN SEA.

TAGS

RELATED NEWS

+