Valkyrae pesan jangan berhenti bekerja untuk menjadi streamer

Industri streaming dan permainan video nyata menjadi sangat popular sejak beberapa tahun ini.

Banyak pencipta kandungan yang menjana wang yang banyak di pelantar seperti Twitch dan Youtube.

Malah ada yang menjadi sangat popular dan terkenal seperti Ninja, Pokimane, xQc dan ramai lagi.

Mereka ini menjadi streamer sepenuh masa dan baru-baru ini Valkyrae juga mengeluarkan satu kenyataan dan peringatan mengenai dunia penstriman.

Rachell “Valkyrae” Hofstetter kini dengan 3.63 juta pelanggan di Youtube dan juga salah seorang pemilik 100 Thieves.

Baru-baru ini juga Valkyrae menukarkan pelantar penstrimannya ke Youtube dari Twitch.

Sebagai salah seorang pencipta kandungan yang ramai ikuti, Valkyrae juga membuat pesanan mengenai betapa susahnya dunia penstriman ini.

“Jangan berhenti bekerja,” peringatan dari Valkyrae.

Valkyrae juga memberitahu realiti untuk menjadi penstrimer profesional dan untuk sesiapa yang mahu mendapatkan populariti dengan pantas adalah sangat susah.

“Anda perlu membuat benda ini untuk bertahun-tahun lamanya,”

Valkyrae juga memberi beberapa pesanan untuk menjadi pencipta kandungan berjaya.

Pertama anda perlu mempunyai pekerjaan lain dahulu dan mempunyai kewangan yang stabil sambil melakukan strim.

Tambahan lagi, Valkyrae memberitahu jika anda melakukan strim tanpa mendapatkan penonton adalah satu benda yang tidak akan habis dan sukar.

Valkyrae juga memesan untuk membina nama dan jenama untuk diri sendiri dan memikirkan jauh ke hadapan bukan sahaja penstriman sahaja.

RELATED NEWS

+