Bandai Namco akan mengadakan pembentangan Play Anime Live pada 23 Julai
2020-07-01T07:23:46
By: Burhanudin Zamri

Bandai Namco akan mengadakan pembentangan Play Anime Live pada 23 Julai

 

Bandai Namco Entertainment telah mengumumkan bahawa mereka akan menganjurkan sebuah acara pembentangan digital bertajuk Play Anime Live pada 23 Julai ini bermula pada waktu 7AM (waktu Malaysia).

Syarikat tersebut akan menunjukkan permainan video PC, konsol, dan mudah alih terbaru mereka di acara pembentangan tersebut. Anda boleh menonton pembentangan ini di YouTube, Twitch, dan Facebook.

Selain daripada trailer baharu, acara ini juga akan mengandungi sesi soal jawab bersama pihak pembangun permainan video, giveaways, dan banyak lagi.

Bandai Namco Entertainment terkenal sebagai pembangun dan penerbit permainan video adaptasi anime dan manga seperti Dragon Ball, One Piece, dan banyak lagi.

Sumber: Gematsu

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

1 day ago
MPL Indonesia: RRQ main dengan berdisiplin, kini di tempat ketiga
1 day ago
Hanya tinggal 10 hari sebelum untuk pecah rekod AS$40 juta untuk TI10
2 days ago
Among Us: Discord catat rekod 800 ribu muat turun setiap hari
3 days ago
Among Us: Cyan, Lime, apa maksudnya?
3 days ago
PUBG Mobile: Pasukan Arcadia Dianne ingin perkasa bakat wanita dalam e-sukan
3 days ago
Genshin Impact kini boleh dimuat turun di iOS, Android serta PC dan konsol