Dragon Ball Z: Kakarot Bakal Hadir Pada Januari 2020 – Menampilkan Cerita Majin Buu & Great Saiyaman

Ketika berlangsungnya Tokyo Game Show (TGS 2019) baru-baru ini, Bandai Namco akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran rasmi Dragon Ball Z: Kakarot.

Saksikan trailer baru yang menonjolkan penceritaan Majin Buu Saga dan menampilkan Gohan berpakaian sebagai The Great Saiyaman.

Sebelum ini, kami melaporkan korang boleh bermain sebagai karakter selain Goku seperti Gohan, Piccolo dan Vegeta. Dragon Ball Z: Kakarot merupakan permainan aksi RPG dibangunkan oleh CyberConnect 2 yang menghidupkan kembali penceritaan kartun popular ini daripada Cell Saga sehinggalah ke Majin Buu Saga.

Dragon Ball Z: Kakarot akan dilancarkan pada 17 Januari 2020 di PC, Xbox One dan PS4.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+