Game Buatan Malaysia, King’s League II Kini Dilancarkan Di Apple Arcade

King’s League II berjaya bertakhta di dalam Apple.

Dibangunkan oleh Kurechii, King’s League II adalah kesinambungan kepada siri game simulasi strategi popular, King’s League yang mula dikeluarkan pada tahun 2011.

Dalam King’s League II, pemain boleh merekrut lebih daripada 100 pejuang yang mempunyai personaliti tersendiri dengan 60 kelas berbeza, menubuhkan pasukan pejuang terbaik dan ubahsuai kelas mengikut cita rasa korang tersendiri untuk menjadi kerajaan (League) terbaik di Kurestal.

Korang boleh susun strategi untuk membentuk pasukan penuh dengan kelas serangan untuk tembus pertahanan lawan, pasukan penuh dengan kelas pertahanan dan pelbagai cara unik bagi menangkis serangan lawan.

Khas untuk mereka yang minat strategi dan pengembaraan, pemain boleh melatih pasukan di luar League, menjelajah penjara bawah tanah (dungeon) yang mencabar dan beradu tenaga dalam kejohanan (tournament) serta menerima pengiktirafan daripada pelbagai persatuan (guild) melalui quest yang diambil.

King’s League II kini boleh dimainkan di iPhone melalui  langganan Apple Arcade.

Baru-baru ini, Apple melancarkan Apple Arcade iaitu servis langganan game mengikut gaya Xbox Game Pass yang mana menawarkan lebih daripada 100 game baru dan eksklusif merentasi semua peranti Apple: iPhone, iPad, iPod touch, Mac dan Apple TV dengan harga berpatutan. Untuk ketahui lebih tentang Apple Arcade dan senarai game, klik di sini.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+