Postknight 2, kini buka pra-daftar dengan ganjaran eksklusif

Postknight, siri permainan buatan Malaysia oleh studio Kurechii ini menjadikan anda seorang penghantar barang di dalam sebuah dunia fantasi. Pemain akan bermain sebagai seorang penghantar barang yang perlu melindungi pakej anda daripada makhluk-makhluk fantasi.

Postknight 2 kini membawa pemain kembali ke dunia fantasi ini, selepas tujuh tahun daripada peristiwa permainan asal. 

Pemain perlu menghasilkan Postknight mereka sendiri dan mengembara melalui laluan yang penuh misteri dan menghantar surat kepada karakter yang mempunyai semangat dan masalah tersendiri. 

Pemain akan bermula sebagai Postknight Trainee, di mana pemain perlu melengkapkan misi penghantaran dan mengambil ujian untuk tingkatkan rank sehingga mencapai Rank S.

Pemain juga perlu mengembara di seluruh dunia Prism yang merangkumi bandar, kampung, hutan magikal dan gunung-gunung, dengan pelbagai budaya dan konflik tersendiri. Selain pemain juga akan berdepan dengan pelbagai jenis musuh.

Setiap Postknight akan dilengkapkan senjata sama ada pedang dan perisai, dual Dagger atau sebuah tukul besar, di mana pemain perlu berlatih untuk mempertingkatkan kebolehan dengan pelbagai kelebihan dan membentuk corak permainan unik.

Postknight 2 kini membuka pra-pendaftaran untuk pemain sertai dan menerima pelbagai ganjaran eksklusif dalam permainan. 

Jika anda berminat untuk mencuba Postknight 2, anda boleh pra-daftar di laman sesawang rasmi mereka di SINI, dan ikuti mereka di Facebook dan Twitter untuk informasi terkini. 

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA

RELATED NEWS

+