Game Percuma PS+ Mac 2020 – Shadow Of The Colossus Dan Sonic Forces
2020-02-27T07:35:34
By: Burhanudin Zamri

Game Percuma PS+ Mac 2020 – Shadow Of The Colossus Dan Sonic Forces

 

Pada Februari, para pelanggan PlayStation Plus (PS+) menerima BioShock: The Collection, The Sims 4, dan Firewall Zero Hour. Untuk bulan depan pula, anda akan dapat dua lagi permainan video yang hebat.

Untuk bulan Mac 2020, Shadow of the Colossus dan Sonic Forces adalah permainan video percuma yang boleh ditebus oleh pelanggan PS+. Kedua-dua permainan ini boleh dimuat turun bermula 3 Mac 2020.

Shadow of the Colossus untuk PlayStation 4 (PS4) merupakan buatan semula (remake) permainan PlayStation 2 (PS2) yang sama tajuknya. Selain daripada perubahan dari segi kawalan dan kualiti grafik, versi PS4 sama sahaja dengan versi PS2.

Dalam permainan ini, anda perlu menewaskan makhluk-makhluk gergasi yang dipanggil Colossus demi menghidupkan kembali seorang wanita. Disebabkan saiz para Colossus yang amat besar, pemain perlu menggunakan kebijaksanaan untuk menewaskan mereka.

Sonic Forces pula merupakan permainan video Sonic the Hedgehog terbaru buatan Sonic Team. Ia dilancarkan pada tahun 2017 bersempena dengan ulang tahun ke-25 francais Sonic the Hedgehog.

Terdapat tiga jenis cara permainan dalam Sonic Forces:

  • Classic – Cara permainan side-scrolling sama seperti permainan video Sonic yang dilancarkan untuk konsol Sega Genesis
  • Modern – Cara permainan 3D sama seperti Sonic Unleashed dan Sonic Colors
  • Avatar – Pemain membuat watak sendiri dan membantu watak-watak lain dalam jalan cerita permainan ini.

Kedua-dua permainan di atas boleh dimuat turun bermula dari 3 Mac 2020 bagi semua pelanggan PS+.

Sumber: PlayStation Blog

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

4 days ago
Game Percuma PS+ April 2020 – Uncharted 4 Dan Dirt Rally 2.0
5 days ago
Rose and Camellia Dilancarkan Di iOS Dan Android
5 days ago
Komik God of War: Fallen God Ceritakan Kisah Antara God of War III Dan God of War (2018)
6 days ago
Trailer Pertama Game PS4 Kimetsu No Yaiba Dikeluarkan
6 days ago
Call Of Duty: Warzone Kini Catat 30 Juta Pemain Dalam Hanya 10 Hari
6 days ago
Demo Moving Out Dilancarkan, Boleh Dimainkan Empat Orang