Inilah Juara-Juara Mobile Legends, Dota 2 Dan PES 2019 Di #XPAXKEK Zon Borneo

Kejohanan E-Sukan Kampus #XPAXKEK Zon Selatan berlangsung dengan meriah sekali dari 22 hingga 24 Mac 2019 bertempat di Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung #XPAXKEK antaranya wacana pendidikan bersama personaliti terkenal dalam industri e-sukan dan game, persembahan artis tanahair terkenal, mencuba banyak permainan secara percuma dan yang ditunggu-tunggu, pertandingan e-sukan antara universiti.

Terdapat 3 game yang dipertandingkan pada hujung minggu ini adalah Mobile Legends: Bang Bang, Dota 2 dan PES 2018. Berikut adalah pemenang bagi setiap kategori permainan:

Dota 2

Juara: Team Skrrr’Skrrr dari Universiti Malaysia Sabah

Naib juara: UNIMAS eSports dari Universiti Malaysia Sarawak. Pasukan tidak dapat hadir kepada sesi penerimaan hadiah atas sebab-sebab tertentu

Tempat ketiga: Love Empire dari Universiti Malaysia Sabah

PES 2018

Juara: A.C.E dari Universiti Malaysia Sabah

Naib juara: Rulesbreaker’s dari Politeknik Kota Kinabalu

Tempat ketiga: Tatsunami dari Universiti Malaysia Sabah

Mobile Legends: Bang Bang

Juara: UNIMAS E-Sports dari Universiti Malaysia Sarawak

Naib juara: UMSKAL E-Sports dari Universiti Malaysia Sabah

Tempat ketiga: LEXUS dari Universiti Malaysia Sabah

Juara-juara ini bakal berentap di pentas Grand Final dan bakal membolot hadiah terkumpul wang berjumlah RM180,000! Tahniah kami ucapkan atas kemenangan manis korang. Urang Sabah memang gempak!

Terima kasih kepada XPAX, Kitamen, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Predator, Sades, Moonton E-Project, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Esports Malaysia (ESM), Cadbury, Todak, Boost, Mountain Dew dan juga pihak UMS menyokong kerjasama serta meraihkan bersama-sama #XPAXKEK sempena sambutan Jubli Perak iaitu tahun ke-25 sejak penubuhan universiti!

#XPAXKEK akan singgah ke UiTM Puncak Alam bagi #XPAXKEK Zon Tengah pada 5 hingga 7 April! Jumpa korang di sana!

RELATED NEWS

+