Inilah Juara-Juara Mobile Legends, Dota 2 Dan PES 2019 Di #XPAXKEK Zon Timur

Kejohanan E-Sukan Kampus #XPAXKEK Zon Timur berlangsung dengan meriah sekali dari 12 hingga 13 April 2019 bertempat di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kampus Gong Badak, Terengganu.

Sepanjang 2 hari ini, pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung #XPAXKEK antaranya wacana pendidikan bersama personaliti terkenal dalam industri e-sukan dan game, persembahan artis tanahair terkenal, mencuba banyak permainan secara percuma dan yang ditunggu-tunggu, pertandingan e-sukan antara universiti.

Terdapat 3 game yang dipertandingkan pada hujung minggu ini adalah Mobile Legends: Bang Bang, Dota 2 dan PES 2019. Berikut adalah pemenang bagi setiap kategori permainan:

Dota 2

Juara: Kisa dari IIUM Kuantan

Naib juara: Syntax Error dari Politeknik Muadzam Shah

Tempat ketiga: Cancerous Gaming dari Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan

PES 2019

Juara: AR dari UiTM Jengka Pahang

Naib juara: PedasGilerr!!! dari University College of Yayasan Pahang

Tempat ketiga: Unknown Squad dari UniSZA

Mobile Legends

Juara: IIUM Mustangs dari IIUM Kuantan

Naib juara: Team Public dari UiTM Terengganu

Tempat ketiga: Invictus Gaming PKB

Juara-juara ini bakal berentap di Grand Final yang bakal berlangsung di Sunway Pyramid Ice Skating Rank pada 26 hingga 27 April 2019 untuk membolot hadiah terkumpul wang berjumlah RM180,000! Tahniah kami ucapkan.

Terima kasih kepada XPAX, Kitamen, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Predator, Sades, Moonton E-Project, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Esports Malaysia (ESM), Cadbury, Todak, Boost, Mountain Dew dan  juga pihak UniSZA di atas kerjasama ini!

RELATED NEWS

+