XPAXKEK: Team Parahmen Adalah Grand Finalis Pertama Mobile Legends

Team Parahmen dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (PSA) berjaya menempah slot ke Grand Final Celcom XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus (XPAXKEK) semester 2 selepas mempamerkan persembahan luar biasa dengan rekod 2-1 ke atas skuad Team Blank dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Dalam pertembungan best of 3 itu, hero-hero meta seperti Chang’e dan juga Karrie berjaya membuatkan Team Parahmen tidak gentar untuk bermain dengan agresif.

Mereka bakal bertembung pemenang antara Ultra Instinct dan 7th Generation yang akan berlawan di semi final kedua sebentar nanti.

Untuk menyaksikan persembahan mereka di semi final tadi, saksikan video di bawah:

MLBB GRAND FINAL #XPAXKEK SEM 2 [Semi Final 1] – Team Blank V.S Team Parahmen

Pertarungan team-team Semi Finalis kita hari ini diteruskan dengan perlawanan antara Team Blank [UTHM] &Team Parahmen [POLISAS] di Grand Final #XPAXKEK SEM 2Jom saksikan LIVE secara ekslusif di FB mygameon! #DemiMaruahKampus

Posted by My Game On on Saturday, November 23, 2019

Celcom XPAXKEK Semester 2 mengumpulkan 16 pasukan Mobile Legends dan 16 pasukan PUBG Mobile bertanding merebut hadiah terkumpul RM180,000 selain berusaha mengharumkan nama kampus mereka.

Dengan #DemiMaruahKampus, universiti dengan pasukan-pasukan terbaik akan dicari pemenangnya hari ini.

RELATED NEWS

+