[Review] OPPO Reno4 – upgrade yang hebat daripada OPPO Reno3
2020-08-11T09:52:15
By: Burhanudin Zamri

[Review] OPPO Reno4 – upgrade yang hebat daripada OPPO Reno3

 

Unit ulasan disediakan oleh OPPO Malaysia.

Pada beberapa bulan lepas, OPPO melancarkan dua telefon pintar midrange iaitu OPPO Reno3 dan Reno3 Pro. Penulis telah mengeluarkan ulasan untuk OPPO Reno3 Pro dan mendapati bahawa ia merupakan sebuah peranti midrange yang mantap.

Baru-baru ini, pengganti atau model baharu dua telefon pintar tersebut telah dilancarkan iaitu OPPO Reno4 dan Reno4 Pro. OPPO Malaysia telah memberikan peluang kepada penulis untuk mencuba dan membuat ulasan tentang OPPO Reno4.

Sebelum kita memulakan ulasan, jom kita lihat spesifikasi teras OPPO Reno4:

  • OS: ColorOS 7.2, Android 10
  • CPU: Qualcomm Snapdragon 720G Octa-core
  • GPU: Adreno 618
  • RAM: 8GB
  • Storan dalaman: 128GB
  • Bateri: 4,025 mAh dengan pengecasan pantas 30W
  • Harga: RM1,699

 

Tiada kadar segar semula tinggi, tiada masalah

Skrin paparan Super AMOLED OPPO Reno4 mempunyai resolusi 1080 x 2400 dan ini menjaminkan pengalaman tontonan kandungan HD penuh di YouTube, Instagram, dan Netflix yang sangat memuaskan.

Tidak seperti model OPPO Reno4 Pro yang mempunyai tetapan kadar segar semula 90Hz, skrin OPPO Reno4 ditetapkan pada 60Hz sahaja. Walaubagaimanapun, ini bukan satu kekurangan besar kerana 60Hz sudah mencukupi untuk pengalaman penggunaan yang lancar.

Pengimbas muka yang menggunakan kamera depan sangat pantas tetapi disebabkan penguatkuasaan pemakaian topeng muka sedang dijalankan, penulis sentiasa perlu menggunakan pengimbas cap jari yang selalunya mengambil masa lebih kurang satu saat.

Ini bukan masalah besar tetapi kadangkala ada ketika di mana pengimbas tersebut gagal untuk mengesan cap jari penulis.

 

Untuk gaming? Sangat berbaloi!

Untuk menguji kebolehan OPPO Reno4 menangani permainan mudah alih, penulis menggunakan tiga permainan popular iaitu Mobile Legends: Bang Bang, Call of Duty: Mobile, dan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) Mobile.

Secara ringkasnya, fon ini mampu main ketiga-tiganya dengan sangat lancar pada tetapan grafik dan kadar bingkai yang tinggi.

Sebagai contoh, penulis memilih tetapan grafik berikut dan mampu bermain dengan sangat lancar:

  • Graphic Quality – Very High
  • Frame Rate – Very High
  • Bloom – On
  • Real-time Shadows – On
  • Anti-aliasing – On

Fon ini juga hadir bersama aplikasi Game Space yang digunakan untuk akses semua permainan mudah alih dengan mudah dan juga mengubah tetapan penggunaan seperti Balanced Mode, Competition Mode, dan Low Power Mode.

Penulis mencuba Balanced Mode dan Competition Mode untuk ketiga-tiga permainan mudah alih di atas tetapi tidak mengesan apa-apa perbezaan ketara kecuali penurunan bateri yang lebih pantas.

 

Pengecasan pantas OPPO tidak pernah mengecewakan

Sama seperti adiknya OPPO Reno3, OPPO Reno4 mempunyai bateri berkapasiti 4,025 mAh. Dengan penggunaan biasa digabungkan dengan gaming pada kecerahan sekitar 50%, ia dapat tahan selama hampir sehari suntuk.

Jika anda pengguna telefon pintar yang tidak gemar mengecas pada waktu malam sebelum tidur, anda tidak perlu risau mendapati fon ini mempunyai bateri rendah apabila bangun tidur.

Teknologi pengecasan pantas 30W dalam fon ini dapat mengecas 50% bateri dalam masa kurang daripada 30 minit. Ini semestinya sebuah killer feature bagi mereka yang sering lupa untuk mengecas telefon.

 

Kamera yang mantap untuk pengguna biasa

Pada pandangan pertama, anda mungkin nampak tiga kamera di bahagian belakang OPPO Reno4 tetapi sebenarnya terdapat empat kamera!

Tiga kamera besar utama adalah kamera utama 48MP, kamera ultra-luas 8MP, dan kamera makro 2MP. Satu kamera kecil yang terletak di bahagian kanan atas merupakan kamera mono 2MP.

Tidak adil untuk membandingkan kualiti gambar OPPO Reno4 dengan peranti-peranti flagship yang jauh lebih mahal. Dari perspektif orang biasa seperti penulis, ia menghasilkan kualiti gambar yang jelas dan cantik.

Satu fungsi istimewa yang terdapat dalam fon ini ialah AI Color Portrait. Ia bukan sesuatu yang asing bagi pemilik fon flagship tetapi ia menjadi satu keistimewaan untuk sebuah peranti midrange seperti OPPO Reno4.

Gambar-gambar yang dihasilkan menggunakan AI Color Portrait agak menarik dan penulis yakin ia menjadi satu tarikan buat anda yang sering memuat naik gambar di Instagram dan laman sosial media lain.

Fungsi AI Color Portrait ini juga boleh digunakan semasa merakam video. Walaupun ia kadangkala tidak dapat mengesan subjek dengan tepat, ia selalunya menghasilkan video-video yang menarik.

Teknologi penstabilan yang terdapat dalam fon ini agak mengagumkan. Pada pendapat penulis, ia sesuai digunakan untuk vlogger yang banyak berjalan-jalan tetapi tidak mahu membawa selfie stick atau monopod gimbal.

Dari segi kualiti kamera hadapan pula, OPPO Reno4 mempunyai dua kamera hadapan dan gabungan kedua-duanya mampu menghasilkan gambar selfie potret yang agak baik.

 

Semua ini untuk harga RM1,699? Berbaloi!

Dari saat pertama penulis menggunakan fon ini sehingga penyerahan kembali kepada OPPO Malaysia, penulis susah untuk percaya ia hanya berharga RM1,699.

OPPO Reno4 ini mempunyai kualiti rekaan dan fungsi ibarat fon yang lebih mahal daripada RM2,000. Jika anda merupakan pengguna biasa ataupun pemain permainan mudah alih, OPPO Reno4 ialah pilihan yang baik!

Bagi anda yang berminat untuk membeli OPPO Reno4 dan OPPO Reno4 Pro, anda boleh membuat pesanan melalui laman-laman rasmi OPPO Malaysia di Lazada, Shopee, dan laman web rasmi OPPO.

Kelebihan:

  • Skrin HD penuh yang cantik dan terang.
  • Prestasi permainan mudah alih yang sangat hebat.
  • Pengecasan pantas yang sesuai untuk mereka yang sering lupa mengecas telefon pintar.
  • Kualiti dan fungsi-fungsi kamera setaraf telefon pintar yang lebih mahal.

Kelemahan:

  • Bateri sama kapasiti dengan Reno3.
  • Terdapat aplikasi bloatware OPPO.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
Todak Apprentice – pasukan perintis bercita-cita tinggi
4 days ago
MPL: Team Bosskurr dalam situasi genting
4 days ago
Filem Yakuza bakal menjadi kenyataan
4 days ago
RollerCoaster Tycoon 3: Complete Edition percuma untuk pemain PC!
4 days ago
Football Manager 2021 akan dilancarkan untuk PC pada 24 November
5 days ago
BLACKPINK in your area! Kolaborasi bersama PUBG Mobile bermula hari ini