Vampire: The Masquerade – Bloodlines 2 ditangguh lagi, pembangun ditukar
2021-02-23T10:28:48
By: Burhanudin Zamri

Vampire: The Masquerade – Bloodlines 2 ditangguh lagi, pembangun ditukar

 

Paradox Interactive telah mengumumkan bahawa Vampire: The Masquerade – Bloodlines 2 telah ditangguh pelancarannya sekali lagi. Hardsuit Labs, studio yang sedang membangunkan permainan ini, telah dikeluarkan dari projek ini dan digantikan dengan studio lain yang belum didedahkan.

Perkara ini diumumkan melalui Laporan Akhir Tahun 2020 Paradox Interactive. Ebba Ljungerud, Pegawai Kanan Eksekutif Paradox Interactive, menyatakan bahawa pandemik COVID-19 telah menyebabkan gangguan terhadap pelancaran pelbagai permainan yang sepatutnya dilancarkan pada tahun lepas dan tahun ini.

Beliau tidak menyatakan mengapa Hardsuit Labs dikeluarkan dari projek Bloodlines 2. “Ini ialah satu keputusan yang sukar tetapi kami percaya ia adalah jalan yang terbaik untuk memastikan permainan ini mencapai kualiti yang sepatutnya,” kata Ebba.

 

Ini bukan kali pertama isu besar tertimbul dalam proses pembangunan Bloodlines 2.

Pada bulan Ogos tahun lepas, Brian Mitsoda, penulis utama permainan ini yang juga membangunkan permainan Bloodlines pertama, dikeluarkan dari pasukan pembangunan. Ka’ai Cluney, pengarah kreatif Bloodlines 2, juga meninggalkan pasukan tersebut pada waktu yang sama. 

Ini merupakan kali ketiga permainan ini ditangguh. Permainan PC, PlayStation 4 (PS4), PlayStation 5 (PS5), Xbox Series, dan Xbox One ini pada asalnya ia dirancang untuk dilancarkan pada awal tahun lepas. Penangguhan pertama menyasarkan penghujung tahun 2020 dan penangguhan kedua pula hanya menyatakan ia akan dilancarkan pada tahun 2021.

Pada waktu ini, Paradox Interactive masih belum menyatakan tarikh pelancaran baharu Vampire: The Masquerade – Bloodlines 2.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
PMPL: Dingoz MPX layak ke SEA Final
3 days ago
PMPL: Dingoz MPX hampir ke SEA Final, beza hanya 5 mata dengan Team Secret
3 days ago
Geek Fam MY guna pemain senior lawan Suhaz EVOS, 2-1
3 days ago
EVOS Legends mempunyai hero pool yang kecil? Ini jawapan Taxstump – Penganalisa EVOS Legends
4 days ago
Bukan rezeki Team Bosskurr, Suhaz EVOS terus dominasi
4 days ago
Dota 2: MidOne berjaya ke DPC musim kedua bersama Team SMG