Vampire: The Masquerade – Bloodlines 2 Mengambil Masa Hingga 30 Jam Untuk Dihabiskan

Peminat Vampire: The Masquerade – Bloodlines pastinya tengah teruja sekarang apabila Paradox Interactive mempersembahkan trailer terbaru untuk follow-up kepada RPG dikeluarkan pada tahun 2004 ini.

Video ini memang tak dijangka dan mengejutkan pemain yang teruja dengan grafik dan sedikit gameplay ditukar.

Di Twitter, ada yang bertanya jika sekuel ini akan lebih lama berbanding game pertama.

Menurut Hardsuit Labs, ia boleh dimainkan dalam masa antara 25 jam hingga 30 jam.

Selain main story, pemain juga boleh meneroka dunia permainan video ini dan ia mempunyai elemen perulangan permainan kerana plotnya yang boleh membawakan kepada jalan cerita berlainan.

Vampire: The Masquerade – Bloodlines 2 masih belum diumumkan tarikh keluar tapi akan hadir pada 2020 di PC, PlayStation 4 dan Xbox One.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+