Yoodo KEK Semester 3 sudah berakhir, jom sertai ESL MSP Championship pula!
2020-07-30T09:54:51
By: Burhanudin Zamri

Yoodo KEK Semester 3 sudah berakhir, jom sertai ESL MSP Championship pula!

 

Kejohanan Yoodo KEK Semester 3 sudah berakhir tetapi masih terdapat banyak kejohanan e-sukan untuk penyertaan dan tontonan peminat e-sukan di Malaysia. Selain itu, terdapat juga portal permainan video baharu yang boleh bantu anda jadi pemain yang lebih hebat!

Di kejohanan Call of Duty: Mobile (CODM) Yoodo KEK Semester 3, pasukan Smoking Monkeys dari Monash University telah muncul sebagai juara dan membawa pulang hadiah utama berjumlah RM20,000.

Pasukan FAME dari Taylor’s University Lakeside Campus dan UTeM TeamRevenge dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka masing-masing memenangi tempat kedua dan tempat ketiga. FAME membawa pulang RM10,000 dan UTeM TeamRevenge pula memenangi RM7,500.

Monash University juga menerima hadiah biasiswa berjumlah RM25,000 atas kemenangan pasukan mereka di kejohanan CODM Yoodo KEK Semester 3.

Bagi para peminat e-sukan CODM di Malaysia, jangan risau. Ada lagi satu kejohanan hebat CODM yang bakal berlangsung iaitu ESL MSP Championship! Ia akan berlangsung dari 16 Julai sehingga 13 September tahun ini dan ia mempunyai hadiah terkumpul berjumlah US$10,000 (RM42,500).

ESL MSP Championship bermula dengan tahap Solo di mana anda boleh mendaftarkan diri anda dan menyertai perlawanan multi-pemain pada setiap hujung minggu dari 16 Julai sehingga 9 Ogos.

Tarikh pusingan-pusingan kelayakan Solo:

  • Kelayakkan Pertama: 16 Julai – 19 Julai
  • Kelayakkan Kedua: 23 Julai – 26 Julai
  • Kelayakkan Ketiga: 30 Julai – 2 Ogos
  • Kelayakkan Keempat: 6 Ogos – 9 Ogos

Untuk menyertai fasa Solo, anda hanya perlu menekan butang REGISTER di bawah bahagian PARTICIPATE. Selepas itu, kejohanan tersebut akan bermula.

Selepas anda mendaftarkan diri, anda boleh memperoleh markah kejohanan dari 10 perlawanan multi-pemain ranked pertama yang anda main. Markah kejohanan diberikan mengikut kemenangan individu dan rank terkini anda. Lebih tinggi rank anda, lebih banyak markah yang diberikan.

Jika anda mencapai 80 markah dalam 10 perlawanan multi-pemain ranked pertama pada mana-mana hujung minggu, anda berjaya melayakkan diri ke tahap kedua iaitu Team.

Anda hanya perlu mencapai 80 markah pada satu hujung minggu untuk melayakkan diri ke tahap Team. Jangan risau jika anda gagal melayakkan diri kerana anda masih boleh mencuba pada hujung minggu lain dalam tempoh yang dinyatakan di atas.

Pendaftaran tahap Team berlangsung dari 10 Ogos sehingga 23 Ogos dan kejohanan Team pula akan berlangsung dari 14 Ogos sehingga 23 Ogos. Dalam tahap ini, pemain yang layak dari tahap Solo perlu menubuhkan pasukan dengan pemain-pemain lain yang juga telah melayakkan diri.

Dalam kejohanan Team, setiap pasukan perlu menyertai 30 perlawanan dalam tempoh kejohanan. Pasukan yang gagal menyertai 30 perlawanan akan disingkirkan dariĀ leaderboard.

Pasukan-pasukan yang menyertai 30 perlawanan akan menerima ganjaran eksklusif iaitu skin Ruin – Championship Purple. Bukan itu sahaja ganjaran menarik yang ditawarkan. Setiap pemain dalam 30 pasukan terbaik akan memenangi 1,000 CP!

Hanya 16 pasukan terbaik akan melayakkan diri ke ESL MSP Championship. Di peringkat ini, 16 pasukan terbaik dari leaderboard Malaysia, Singapura, dan Filipina masing-masing akan bertanding di ESL Malaysia Showdown, ESL Singapore Showdown, dan ESL Philippines Showdown.

Juara dari setiap showdown di atas akan melayakkan diri ke ESL MSP Championship Grand Final yang akan berlangsung dari 1 September sehingga 13 September ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai kejohanan ini, anda boleh melayari laman web rasmi CODM Garena.

Tidak kira sama ada anda pemain CODM dan permainan video lain yang mahu menjadi atlit e-sukan hebat atau sekadar bermain untuk keseronokan, anda mesti mahu mendapatkan barangan dalam permainan video dengan cara yang mudah.

Checkpoint.com.my ialah jawapannya! Ia merupakan portal permainan video terbaru di Malaysia yang boleh memantapkan lagi kehebatan anda. Anda boleh membeli kredit permainan dan juga menerima ganjaran-ganjaran menarik pada waktu yang sama.

Apa yang istimewa tentang Checkpoint.com.my ialah anda tidak perlu menggunakan kad kredit atau debit untuk membuat pembelian. Anda hanya perlu menggunakan telefon anda untuk membuat bayaran mudah alih.

Satu lagi aspek yang hebat ialah tawaran dan ganjaran terbaik boleh didapati ketika anda bertemu dengan pemain lain! Antara nilai kredit yang boleh dibeli adalah PUBG UC, Garena Shells, dan Steam Wallet Codes.

Kredit rasmi yang digunakan di portal ini ialah CP dan setiap CP akan diberi ganjaran Reward Gems (RG). RG boleh digunakan untuk menebus ganjaran hebat seperti tambah nilai mudah alih percuma!

Pada waktu ini, terdapat promosi khas di mana pelanggan terawal boleh merebut 1,000,000 RG percuma semasa mendaftar di checkpoint.com.my!

Jangan terlepas tawaran hebat ini! Daftar sekarang di checkpoint.com.my.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 days ago
Shroud kembali ke Twitch dengan kontrak baharu
2 days ago
Xbox Series X akan dilancarkan pada bulan November
2 days ago
Mobile Legends: Red Esports dedah barisan pemain mereka untuk MPL
3 days ago
[Review] OPPO Reno4 – upgrade yang hebat daripada OPPO Reno3
3 days ago
Vampire: The Masquerade – Bloodlines 2 ditangguhkan ke tahun depan
3 days ago
Team Liquid memperkenalkan skuad VALORANT baru