Button City, permainan comel gabungan MOBA dan simulator

Gabungan genre boleh menghasilkan permainan video yang baik atau tidak dan merupakan langkah yang berisiko jika dilakukan tanpa kemahiran yang mantap. Animal Crossing New Horizons adalah satu hit yang cukup terkenal tahun lalu, sementara Mobile Legends: Bang Bang masih kekal sebagai salah satu permainan MOBA yang terkenal di Asia Tenggara.

Hasil gabungan dua genre ini telah menghasilkan satu permainan, Button City. Walaupun agak pelik, tapi gabungan dua genre ini menjanjikan satu pengalaman yang cukup menarik buat para pemain.

Pemulaan yang menarik

Pemain akan membawa watak sebagai Fennel, seekor musang introvert yang lebih gemar berada di rumah sepanjang hari dan bermain permainan video, sehingga ia terdengar tentang satu arked di bandar dan permainan popularnya, Gobabots. 

Fennel mula berkawan dengan Fluff Squad, satu krew peminat arked yang berhasrat untuk merampas takhta juara Gobabots. Selepas aksi perlawanan 4v4, Fennel merasakan dirinya mula diterima oleh rakan-rakan barunya.

Apabila seekor kucing perniagaan yang tamak cuba untuk meruntuhkan arked itu dan ingin membina sebuah pasar raya baru, ia bergantung kepada Fennel dan rakan-rakannya untuk menyelamatkan tempat lepak kegemaran mereka.

Penceritaan permainan ini sangat comel, tidak meleret dan memberikan pengalaman yang bermakna. Fennel dan rakan-rakannya, Sorrel si kucing, Chive si arnab dan Lavender si panda, merupakan watak yang berbeza dan memberikan rasa seperti rakan-rakan yang anda ada di dunia nyata. 

Aksi Arked

Bagi kebanyakan bahagian, pemain akan mengawal Fennel, menjelajah di sekitar bandar, dari tempat pembuangan sampai sehingga ke pasar mini tempatan dan setiap kawasan akan memberi sekilas pandang kehidupan penghuni bandar itu.

Sementara keseluruhan dunia adalah mengenai pengembaraan dan progres plot, dengan suasana yang menarik dan karakter yang unik ianya cukup menghiburkan. Malah, terdapat juga misi di mana pemain perlu mengutip sampah di setiap kawasan, merupakan satu pencarian harta yang cukup menarik.

Permainan ini menampilkan tiga arked permainan mini untuk pemain kuasai, iaitu ala MOBA Gobabots, drift elekktrik rEvolution Racer dan permainan tarian Prisma Beats.

Gobabots yang menarik

Tarikan utama Button City ialah permainan ala MOBA, Gobabots, di mana pemain bersaing mengumpul berapa banyak buah yang boleh dan deposit mereka di dalam satu pengisar di tengah pentas. 

Setiap Gobabots mempunya serangan tersendiri dan ultimate dan yang paling menarik, terdapat 12 Gobabots yang boleh dikumpul. 

Kesemua ini menjadikan Button City satu permainan yang istimewa, selain menjadikan kisah mencari rakan dan berusaha bersama sebagai satu pasukan menjadi kisah yang sangat menawan hati. 

Button City kini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series X/S, Nintendo Switch dan Steam. Bagi PlayStation 4 dan Xbox One, proses pembangunan masih lagi berjalan dan akan dilancarkan kemudian.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.

RELATED NEWS

+