Palworld kini dibeli oleh lebih 4 juta pemain dalam hanya tiga hari sahaja.
Permainan video satira ‘Pokemon’ ini juga merekodkan 1 juta pembeli dalam masa hanya lapan jam.
#Palworld has sold over 4 million copies in only about 3 days!
Momentum has increased since yesterday, with the latest sales at 86,000 units per hour.
Thank you everyone for playing Palworld!
Please leave a review if you’ve been enjoying your time in Palworld!#Pocketpair pic.twitter.com/lTSLLiFHjc
— Palworld (@Palworld_EN) January 21, 2024
Permainan video ini menerima pelancaran yang memberangsangkan dan diterima ramai sehingga server permainan video itu rosak kerana terlalu ramai pemain.
Dinamakan Pals, anda boleh mengguna Pals itu untuk membantu membina kubu dan juga mengembara bersama-sama untuk mencari Pal baharu dan juga berlawan dengan Pal yang lain.
Anda boleh membeli Palworld di Steam dengan hanya RM64.80 selepas potongan harga 10%.