Ini Dia 5 Artis Yang Suka Main Game, No. 1 Tu Memang Power!

Siapa kata tak ada artis yang suka main game? Siap ada yang buka facebook page sendiri lagi! Siapa mereka?

5. Bittersweet

Siapa kata band rock indie tak layan game?

Ahli band Bittersweet, Hafizan Razali (Fizan) dan Hazairi Abdul Hamid (Herri) kedua-duanya adalah ‘kaki’ permainan video FIFA. Kadang-kadang kalau tengah nak buat show, Herri akan membawa konsol PS4 dan bermain FIFA bersama Fizan di bilik hotel. 

“Kami main just for fun, nak hilangkan stress. Kalau di rumah, kadang-kadang ada jemput member datang lepak main FIFA sekali. Itulah antara cara kami berhibur selain membuat persembahan,” kata Herri.

 

4. Hairul Azreen

Gambar: RojakDaily

Selain nama-nama terkenal di atas, jangan terkejut kalau penulis cakap Hairul Azreen pun main game!  

Dalam temubualnya bersama Rojak Daily, beliau ada mengatakan yang pengalaman berlakon dalam filem PASKAL menyebabkan dirinya gemar main PUBG.

Katanya, dulu main PUBG pakai hentam je tapi selepas berlakon dalam filem PASKAL, beliau ada belajar strategi dan taktikal.

 

3. Ismail Izzani

Ismail Izzani atau nama panggilannya Mael adalah artis muda tanah air yang sekarang sedang meningkat naik. Tapi korang mesti tak percaya kan kalau penulis cakap Mael adalah seorang peminat game yang tegar!

“Kalau dekat konsol PlayStation 4, Mael suka main FIFA dan Call of Duty. Tapi sebab kadang-kadang tak ada masa sebab sibuk dengan persembahan, saya biasanya main Mobile Legends saja.

“ML ni dia ala-ala Dota tapi bezanya dekat phone. Saya pun ada berkawan rapat dengan seorang streamer dari Bosskur Gaming, Syah Razak,” Selain ML, Mael juga meminati mod FUT dalam FIFA dan kerap kali bermain permainan video itu bersama kawan-kawannya.

Mael berkata, pelajar universiti terutamanya perlu bijak membahagikan masa antara pelajaran dan bermain game kerana ia boleh mengganggu kehidupan seharian jika tidak dikawal.

 

2. Tajul

Gambar: SuaraTV

Tak dinafikan, populariti PUBG Mobile mampu tarik sesiapa saja mencuba termasuklah artis tanah air, Tajul!

Dalam temubualnya bersama mStar, Tajul banyak bermain PUBG Mobile dan jarang ‘melayan’ Instagram. Beliau juga menasihatkan kepada semua gamers jangan sampai terleka sehingga kerja tak siap dan jangan tidur lambat!

Kalau ada masa terluang, beliau akan luang masa bersama keluarga dan kawan-kawan.

 

1. Zahiril Adzim @ BobbySan

Gambar: Google

Artis tanah air, Zahiril Adzim yang dikenali menerusi beberapa filem hebat antaranya Juvana juga merupakan pemain game yang tegar! Beliau gemar bermain PUBG PC dan PUBG Mobile. Kalau korang nak tahu, beliau juga dikenali dengan nama gaming BobbySan dan sudah pun mempunyai pengikutnya sendiri di laman sosial Facebook.

Di Facebook page Bobbysan, korang boleh saksikan Zahiril strim PUBG PC dan Mobile. Layan gila dia punya strim! Beliau pun ada saluran Youtube juga, boleh usha di bawah:

=====================================

Korang tahu tak yang ada artis tanah air akan buat persembahan di acara esports? Rare kan? Jom lah ramai-ramai hadir ke Sunway Pyramid Ice Rink pada 26 dan 27 April ni!

XPAXKEK Grand Final

Selepas 5 Zon diadakan, kita dah pun sampai ke penamatnya di mana pencarian skuad terbaik peringkat universiti akan ditemui dalam Grand Final XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus (XPAXKEK) Semester 1!

Yang paling best, kampus dengan penyertaan terbanyak boleh menang biasiswa RM50,000 dari XPAX!

Untuk korang yang belum tahu, #XPAXKEK ini mempertandingkan tiga permainan utama untuk penuntut kolej/universiti iaitu:

 

Dota 2

Mobile Legends

PES 2019

Anjuran MyGameOn dan Kitamen, sebanyak 16 pasukan dari pelbagai kampus akan bertarung untuk merebut hadiah terkumpul RM180,000! Fuhh bestnya!

Yang lagi gempak, artis terkenal pun ada masa grand final nanti pada 26 dan 27 April tau! Antaranya:

 

1. Indah Ruhaila

Gambar: NSTP

2. Andi Bernadee

3. Ara Johari

Gambar: IG @arajohari

4. Bittersweet

RELATED NEWS

+