Celcom XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus (XPAXKEK) Zon Selatan berlangsung dengan jayanya pada 12 dan 13 Oktober lepas di Dewan Utama Desasiswa, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Pelbagai aktiviti menarik seperti main game percuma, persembahan artis, wacana pendidikan dan cabutan bertuah menanti begitu ramai pengunjung yang menghadiri lokasi ini.
Terdapat 3 game yang dipertandingkan pada hujung minggu lepas iaitu Mobile Legends: Bang Bang, PUBG Mobile dan Kategori Terbuka CS:GO.
Mobile Legends: Bang Bang
Juara: Proxy Alliance – Universiti Sains Malaysia
Naib Juara: Wyvern’s Fury III – Universiti Teknologi Petronas
Tempat ketiga: PTSB DOT COM – Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
PUBG Mobile
Juara: UniMAP Elementus – Universiti Malaysia Perlis
Naib Juara: RAIZEN SQUAD – UiTM Kampus Sungai Petani
Tempat ketiga: HYPE FAKEGANK – Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
Kategori Terbuka CS:GO
Juara: Ilmi Harith Mahdi Mohd Suhaimi (Rithcism-)
Naib Juara: Nor aidil Bin Nor Azham (MYeyedeal)
—–
Setiap juara ini kecuali CS:GO Open akan berentap di pentas Grand Final dan bakal berentap di The Curve, Damansara pada 22, 23 & 24 November ini dan yang paling menarik, penerbangan mereka akan ditaja oleh Malindo Air dan Hotel Royale Chulan bagi penginapan untuk atlet-atlet yang layak.
———
Edisi kedua Celcom XPAXKEK membawakan 3 kategori pertandingan iaitu Mobile Legends: Bang Bang, PUBG Mobile dan CS:GO Open dengan jumlah hadiah wang terkumpul sebanyak RM180,000.
Mengikut format semester lepas, pelajar-pelajar bertanding dalam lima zon iaitu:
- Borneo (Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah & Sarawak) – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kuching pada 21 & 22 September 2019
- Selatan (Negeri Sembilan, Melaka & Johor) – Paradigm Mall, Johor Bahru pada 27 & 28 September 2019
- Tengah (Kuala Lumpur, Selangor & Putrajaya) – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam pada 5 & 6 Oktober 2019
- Utara (Perak, Penang, Perlis & Kedah) – Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Induk Pulau Pinang pada 12 & 13 Oktober 2019
- Pantai Timur (Kelantan, Terengganu & Pahang) – Kuantan City Mall, Kuantan, Pahang pada 26 & 27 Oktober 2019
- Grand Finale – The Curve, Damansara pada 22, 23 & 24 November 2019
Pasukan-pasukan berdaftar akan bertanding bagi merebut kedudukan 16 terbaik dalam peringkat online. 16 pasukan yang layak untuk kedua-dua game akan mara ke setiap zon bermula dari UNIMAS, Sarawak.
Pemenang pasukan dari setiap zon ini akan merebut gelaran juara keseluruhan dan hadiah wang terkumpul RM180,000 di The Curve, Damansara pada akhir November. Lebih menarik, kampus yang mengumpul mata tertinggi akan menerima biasiswa bernilai RM50,000 dibawakan oleh Celcom Xpax.
Pada semester lepas, juara keseluruhan disandang oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS), tempat kedua dimenangi oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan tempat ketiga diperoleh oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
XPAXKEK Semester 2 dicetuskan secara eksklusif oleh Celcom XPAX, diaktifkan oleh Legion by Lenovo, Realme Malaysia, Malindo Airways, Honda Malaysia, Rohto Mentholatum, Lazada, Fitlion, Royale Chulan Hotel & OYO Hotels dan disokong oleh MDEC, Mobile Legends E-Project, KBS & ESM.