Drama Popular Di TV, ‘Mak Cun’ Kini Ke Mobile Games

Semalam, Media Prima Labs melancarkan permainan mudah alih Mak Cun’s Adventure, sempena siri TV popular Mak Cun yang sudah memasuki musim keempat.

Bagi penggemar drama bersiri ini, kelainan boleh dilihat dengan tawaran 30 tahap yang mana korang perlu menyiapkan pesanan pelanggan warung Mak Cun. Hidangan tradisi seperti Char Kuey Teow, Nasi Lemak, Roti Canai dan Nasi Campur perlu disiapkan dengan cepat dan pantas untuk mengumpul sebanyak mungkin duit yang menyumbang kepada perolehan bintang.

Permainan ini lebih mirip dengan ‘Diner Dash’ cuma ia hadir sebagai versi tempatan dan sesuai untuk semua. Selain itu, terdapat sistem upgrade untuk ruangan dapur yang mana korang boleh menambah nilai kepada hidangan, mempercepatkan proses memasak, menyediakan ruang makan dan lain-lain.

Erma Fatima dan Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Rafiq Razali menunjukkan permainan digital ‘Mak Cun’s Adventure’ pada majlis pelancarannya. – Foto Saifullizan Tamadi, Berita Harian.

“Kami di Media Prima Digital berasa terharu kerana diberi kepercayaan membangunkan permainan untuk jenama Mak Cun yang kita semua tahu merupakan antara jenama drama TV yang popular di Malaysia.

“Tentunya, kejayaan kita sebelum ini dalam memperkenalkan permainan Ejen Ali dan juga J Revolusi akan menjadi cabaran dan pemangkin untuk pihak kami berikan yang lebih baik lagi.

“Mak Cun’s Adventure berupaya memberi nilai tambah kepada jenama Mak Cun sekaligus membuktikan dedikasi kami dalam menjadikan Media Prima “the leading content company in Malaysia”, kata Rafiq Razali, Ketua Pegawai Eksekutif, Media Prima Digital.

Keistimewaan permainan ini yang lain antaranya elemen lokal dan latar kampung yang lengkap dengan menu kegemaran rakyat Malaysia. Mak Cun’s Adventure mengangkat keistimewaan budaya Malaysia ke peringkat global bersesuaian dengan tagline drama Mak Cun, “From Rural to Global”.

“Kalau dulu dalam permainan J Revolusi kita masukkan KLCC, kali ini lebih banyak unsur tempatan yang kita ketengahkan dalam Mak Cun’s Adventure.

“Bayangkan anda berupaya membantu Mak Cun menyiapkan sarapan kesukaan rakyat kita seperti Nasi Lemak serta Roti Canai untuk dihidangkan bersama Teh Tarik dan Kopi O. Tentunya, ciri istimewa ini menjadi daya penarik yang mampu membuatkan kita ‘melekat’ bermain permainan ini”, tambah Rafiq lagi.

Kalau korang nak tahu, Media Prima Labs sebelum ini pernah develop permainan Harian Metro Mountain Bike dan Dia. Permainan popular Ejen Ali pula dah mencatatkan 4 juta downloads dan menembusi pasaran Indonesia sejak dilancarkan.

Permainan ini dah boleh didapati sekarang di Google Play Store dan juga Apple App Store dan boleh dimainkan dalam dwi-bahasa. Apa lagi, kasi download lah!

Appstore: KLIK SINI

Google Play Store: KLIK SINI

RELATED NEWS

+