Ejen Ali Agents’ Arena – Komposisi team terbaik setakat ini

Komposisi di dalam MOBA menjadi antara hal yang wajib anda tahu untuk memastikan pasukan anda lebih baik dari pasukan yang lain.

Ejen Ali Agents’ Arena juga mempunyai komposisi yang terbaik untuk digunakan ketika berlawan.

Setakat ini, Ejen Ali Agents’ Arena masih tidak mempunyai mod Ranked.

Apa komposisi terbaik setakat ini? Terdapat empat komposisi yang anda boleh cuba bersama rakan-rakan anda.

1. Komposisi Seimbang 1 Carry 1 Tanker 1 Support

Komposisi seimbang ini menggunakan semua posisi yang ada di dalam Ejen Ali Agents’ Arena.

Anda bakal menggunakan Ali, Alicia, Rudy dan Roza sebagai carry, Mika sebagai Tanker dan Khai sebagai support.

Seimbang dalam semua posisi memudahkan anda untuk membuat pelan ketika berlawan di dalam arena.

2 .Komposisi 2 Carry 1 Tanker

Dua carry di dalam pasukan dapat memberi anda kelebihan apabila tanker di barisan hadapan untuk menarik perhatian musuh terhadapnya ketika berada di dalam zon.

Antara yang sesuai untuk komposisi ini adalah carry yang mempunyai jarak jauh seperti Roza.

Mika sudah semestinya akan menjadi tanker untuk sentiasa berlawan di dalam zon.

3. Komposisi 2 Carry 1 Support

Dua carry satu support mungkin tampak tidak ideal tetapi support yang ada di dalam permainan ini iaitu Khai dapat membantu.

Khai mempunyai kelebihan untuk memperlahankan musuh sekaligus memudahkan dua carry anda untuk menangkap dan menyerang musuh yang terkena serangan dari Khai.

4. Komposisi All-out 3 Carry

Tiga carry walaupun tidak ideal tetapi tiada yang lebih seronok melainkan semua orang dapat mengenakan damage yang tinggi.

Komposisi ini akan menjadi apabila tiga carry dapat memberi tekanan kepada pihak musuh untuk mengalahkan mereka tanpa memberi peluang untuk berehat.

Mungkin ada lagi komposisi-komposisi terbaik. Namun kita memerlukan lebih banyak karakter untuk menjadikan komposisi yang ada lebih unik dan banyak.

RELATED NEWS

+