potensi besar industri teknologi digital seperti programming, game development dan bermacam-macam lagi kerjaya pada masa kini dan masa akan datang."> potensi besar industri teknologi digital seperti programming, game development dan bermacam-macam lagi kerjaya pada masa kini dan masa akan datang." /> potensi besar industri teknologi digital seperti programming, game development dan bermacam-macam lagi kerjaya pada masa kini dan masa akan datang." />

#mydigitalmaker Fair 2018: Jom Main Game Keluaran Malaysia, Beramah Mesra Bersama Streamer Tempatan & Banyak Lagi!

#mydigitalmaker Fair 2018 kembali untuk tahun kedua ditujukan khas kepada belia bagi memberikan pendedahan menyeluruh tentang potensi besar industri teknologi digital seperti programming, game development dan bermacam-macam lagi kerjaya pada masa kini dan masa akan datang.

Kali ini, #mydigitalmaker Fair 2018 tampil lebih gempak dan mantap. Pengunjung dapat mengambil bahagian dalam pelbagai program seperti ceramah kerjaya, pertandingan, bengkel dan pameran disediakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 29 dan 30 September.

Di samping itu, MyGameOn dan Media Prima Digital juga turun padang bagi menjayakan pelbagai aktiviti khas buat pengunjung #mydigitalmaker Fair 2018! Jom kita lihat apa yang menarik di booth kami sepanjang dua hari nanti!

Peluang bermain game buatan Malaysia

Kualiti video game di Malaysia tidak kurang hebat jika dibandingkan dengan industri video game antarabangsa.

Korang boleh cuba bermain tiga judul game mobile keluaran Malaysia iaitu Ejen Ali: Emergency, Mak Cun’s Adventure dan game terbaru dari Streamline Games, Nightstream.

Baca: Review: Nightstream – Sebuah Game Endless Runner Membolehkan Korang Terapung & Meluncur Tanpa Batasan

Selain itu, korang boleh merasai pengalaman memakai kaca mata virtual reality (VR) dan bermain game VR di booth kami juga.

Antara game VR menarik yang kami bawakan adalah Beat Saber iaitu sebuah game VR bertemakan muzik yang mana menggunakan seluruh gerak geri tubuh badan korang untuk membelah not muzik dengan pedang seakan lightsaber untuk menghasilkan satu lagu merdu.

Pengunjung yang mencapai skor tertinggi dalam leaderboard kami bakal menerima cenderahati eksklusif dari MyGameOn!

Beramah mesra bersama streamer tempatan

Kami akan berlintas secara langsung tanpa henti sepanjang dua hari nanti di seksyen Streaming Lounge yang mana kami menjemput streamer dan influencer tempatan ternama dan bermain game membuatkan korang tak kering gusi semasa di booth kami!

Mari beramah mesra dan meluangkan masa bersama personaliti gaming kegemaran korang seperti Aisaka Miharu, Mr Cocan, wartawan e-sukan, Mariah Ahmad dan ramai lagi!

Jom belajar teknologi digital sambil berhibur bersama kami di #mydigitalmaker Fair 2018. Jangan lupa singgah ke booth kami untuk peluang membawa pulang cenderahati eksklusif dari MyGameOn. Jumpa korang di sana!

RELATED NEWS

+