5 ability paling dahsyat dalam sejarah e-sukan

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Banyak abiliti di dalam permainan video dimana karakter atau senjata akan mempunyai satu kuasa yang tidak masuk akan dan terlalu kuat.

Masalah ini menyebabkan ramai orang akan membuat aduan dan memohon nerf. Malah ada yang terus merosakkan satu perlawanan e-sukan itu terus.

Jom lihat lima ability paling dahsyat dalam sejarah permainan video e-sukan.

1. Tactical – Seer (Apex Legend)

Seer adalah salah satu Legends baru dalam Apex Legends dan baru-baru sahaja keluar untuk Apex Legends awal Ogos lalu.

Legends ini telah memberi masalah baru kepada semua pemain Apex Legends apabila ramai memberi aduan dan mengeluh tentang Seer.

Apa yang Seer boleh buat? Seer mempunyai tactical ability yang memberinya wall hacks untuk melihat status HP dan Shield pihak lawan sambik mengganggu musuh dari heal.

Nyata Seer antara karakter baru Apex Legends yang mempunyai kebolehan yang terlalu kuat buat masa ini.

Seer akhirnya telah dikenakan nerf oleh Respawn atas banyak aduan dari pemain.

2. Senjata Tempest Specialist (Call of Duty: Black Ops 4)

Tempest adalah senjata untuk unit Specialist di dalam Call of Duty: Black Ops 4. Apa yang membuat Tempest dahsyat?

Kebolehan untuk pegun pihak lawan dengan mudah dan apa yang lebih menyakitkan skill ini akan merebak ke pihak musuh yang berada dekat dengan orang yang terkena.

Tempest membuatkan beberapa Specialist malah diharamkan untuk beberapa pertandingan dan akhirnya mendapat nerf.

3. Fountain Hook Kombo dari Pudge (Dota 2)

Antara kebolehan yang menjadi kontroversi untuk Dota 2 beberapa tahun lepas.

Hook Pudge pada asalnya tidak terlalu kuat, namun kombo dengan Chen yang boleh menghantar pasukan kembali ke base dapat dieksplotasikan oleh Pudge.

Chen akan menggunakan kuasanya, dan dengan timing yang baik, Pudge akan hook pihak musuh lalu teleport pulang ke base.

Namun musuh yang sudah ditarik juga akan bersama-sama sekali ke base dan mati di base akibat diserang Fountain.

Valve akhirnya membuang interaksi ini.

4. Twisted Fate (League of Legends)

Twisted Fate sekarang boleh dikatakan antara karakter League of Legends yang sangat balance.

Namun Twisted Fate lama mempunyai skill ketiga yang boleh membuatnya teleport ke mana-mana sahaja di dalam peta dengan 18 saat cooldown sahaja.

Anda tidak dapat lari dari Twisted Fate.

Kini skill itu sudah ditukarkan kepada ultinya dan mempunyai jarak yang masih besar namun tidak terlalu dahsyat.

5. Kuasa Revive Mercy (Overwatch)

Mercy pada awal dahulu mempunyai Ulti untuk terus mengembalikan kesemua ahli pasukan yang sudah mati di dalam satu jarak.

Apa yang Mercy perlu buat hanya menunggu rakannya mati dan terus masuk dan menekan satu butang sahaja.

Cuba bayangkan anda sudah bersusah payah membunuh semua orang tetapi anda tidak dapat counter revive yang mengembalikan seluruh pasukan.

Blizzard bertindak untuk menukarkan Mercy dan memberinya rework serta menukarkan Ultimate Revive kepada satu ahli pasukan setiap masa.

Apa yang lebih meruncingkan, rework Mercy pula terlalu kuat sehingga untuk 6 bulan selepas itu dan mendapat nerf berkali-kali.

Setakat ini sahaja antara ability paling dahsyat dalam permainan video e-sukan.

Apa lagi ability yang anda rasa sangat dahsyat sehingga membawa masalah dan drama dari pemain?

RELATED NEWS

+