5 anime yang patut korang tonton pada bulan Januari dan Februari

Tahun 2023 mengejutkan kita dengan banyak anime-anime hebat.

Pada tahun ini pula, banyak anime menarik yang patut anda tonton pada awal tahun ini.

5 judul anime menarik yang patut ditonton:

1. Solo Leveling

Manhwa paling terkenal dan anime yang dinanti-nanti ramai.

Solo Leveling akhirnya akan menceritakan Sun Jinwoo di dalam dunia penuh hunter yang perlu masuk ke dalam dungeon untuk memastikan dunia selamat.

Tetapi malang sekali untuk dirinya kerana dia adalah hunter paling lemah di dunia.

2. The Witch and the Beast

Anime aksi supernatural di mana dunia mempunyai banyak entiti ghaib yang hidup bersama-sama manusia.

Menceritakan Ashaf, seorang lelaki yang sangat sopan tetapi dengan keranda di belakang yang mempunyai gagak dan Guideau, wanita yang boleh menjadi raksasa.

Misi mereka adalah untuk membunuh mana-mana ahli sihir jahat yang menyumpah Guideau menjadi raksasa.

3. Metallic Rouge

Dari Studio Bones yang terkenal dengan Fullmetal Alchemist: Brotherhood dan My Hero Academia.

Metallic Rouge adalah anime aksi sains fiksyen yang dicipta sempena ulang tahun ke-25 Bones.

Siri ini menceritakan dunia masa hadapan di mana terdapat android yang digelar Neans.

Rogue Redstar, seorang Neans yang ditugaskan untuk memburu kesemua sembilan Neans digelar Immortal Nine yang mahu menghancurkan peradaban manusia dan Nean.

4. Delicious in Dungeon

Siri fantasi komedi ini membawa kisah pengembaraan sebuah kumpulan pengembara.

Namun, terdapat satu masalah di mana mereka semua tidak mempunyai wang untuk makan.

Jadi dengan memasak raksasa di dalam dungeon adalah satu cara mereka untuk berjimat cermat.

5. Rick and Morty: The Anime

Rick and Morty: The Anime adalah siri baru anime dari siri terkenal Rick and Morty.

Anime ini akan menyentuh dunia multiverse dan pelbagai perkara pelik lagi.

Anime tahun 2024 mana yang anda nanti-nantikan?

RELATED NEWS

+