Akhirnya, Solo Leveling keluarkan video teaser untuk anime mereka

Dari penulis Chugong dan mendiang artis DUBU, manhwa Solo Leveling menjadi antara yang paling ditunggu-tunggu untuk versi animenya.

Teaser ini menunjukkan bab pertama manhwa Solo Leveling yang sudah diadaptasikan.

Solo Leveling menceritakan dunia yang terpaksa menghadapi gates dimana gates itu menjadi penghubung dunia kita dan dimensi lain.

Beberapa manusia terpilih pula akan mendapat kuasa dan menjadikan mereka hunters.

Hunters hidup dengan menguasai dungeons.

Semuanya bermula apabila Sung Jinwoo yang menjadi hunter paling lemah dalam dunia menjumpai double dungeon high-rank di dalam dungeon low rank.

Satu kuasa misteri diberikan kepada Jinwoo dan dia kini boleh naik level sebagai hunter dan hanya dia seorang sahaja boleh naik level.

Anime Solo Leveling dicipta oleh studio A-1 Pictures dengan Shunsuke Nakashige (Mother of Goddess’s Dormitory) sebagai Pengarah, Noboru Kimura (Gundam Build Divers) sebagai Ketua Penulis, Tomoko Sudo (Alice in Borderland) sebagai Pereka Karakter dan Horiyuki Sawano (Attack on Titan) sebagai Komposer Musik.

RELATED NEWS

+