5 bos permainan video yang buat anda tak bersedia nak lawan

Selalunya pembangun permainan video pasti akan memberi tahu anda setiap bos yang anda lawan pasti menakjubkan dan mengejutkan anda.

Tetapi ada beberapa bos yang membuat anda tidak sedar dan tidak bersedia.

Ada bos yang boleh berubah apabila anda rasa anda sudah menang.

Jom perhatikan 5 Bos Permainan Video yang buat anda tidak bersedia.

1. Guardian Ape- Sekiro: Shadows Die Twice

Sekiro terkenal dengan permainan yang mempunyai bos yang akan mengalahkan anda.

Namun Guardian Ape menjadi antara bos yang pasti anda akan terkejut.

Di dalam Sekiro apabila anda membunuh bos ini, permainan itu akan memberitahu anda sudah menang.

Guardian Ape mempunyai pedang yang melekat dikepalanya, tetapi apabila anda memotong kepalanya dan anda perlu berlawan lagi sekali tetapi kali ini Guardian Ape tanpa kepala.

2. Wyzen – Asura’s Wrath

Asura’s Wrath memang terkenal dengan perlawanan bos yang tidak masuk akal.

Tetapi Wyzen yang juga bos pertama di dalam Asura’s Wrath pasti membuat anda tidak bersedia.

Pertama anda perlu berlawan dengan Wyzen kemudian anda perlu berlawan dengan Wyzen yang lebih besar dari asal dan menumbuknya ke angkasa lepas.

Tetapi Wyzen mempunyai transformasi ketiga yang begitu besar malah lebih besar dari saiz bumi itu sendiri.

3. Ludwig The Accursed – Bloodborne

Ludwig The Accursed adalah bos dari Bloodborne yang boleh berubah apabila anda berjaya mengurangkan HP Ludwig ke 50% dan Ludwig akan menggunakan pedang yang digelar Moonlight Greatsword.

Malah transformasi keduanya pasti akan membuat anda tidak bersedia kerana anda rasa anda sudah menang.

Ludwig adalah antara bos yang memberi anda masalah besar ketika bermain Bloodborne.

4. Senator Armstrong – Metal Gear Rising: Revengeance

Senator Armstrong adalah bos yang membuat anda tidak bersedia langsung.

Dia akan hadir dan rupanya cuma membuat anda berasa Armstrong adalah seorang manusia biasa dan sudah pasti tidak dapat mengalahkan Raiden.

Namun apabila anda berjaya mengalahkan robot besar Senator Armstrong, dia akan menyedut kuasa dari robotnya dan mengaktifkan robot nano di dalam badannya dan menjadi begitu kuat.

5. Photoshop Flowey – Undertale

Flowey adalah Penjahat Utama di dalam Undertale.

Siapa sangka Flowey yang mempunyai rupa comel dan hanya sekuntum bunga bertukar menjadi sesuatu yang membuat anda tidak bersedia dan digelar Photoshop Flowey.

Flowey juga akan memadamkan save data anda dan menyerap roh manusia untuk bertukar menjadi raksasa yang membuat anda tidak selesa melihat.

Bos apa lagi yang membuat anda rasa sudah selamat tetapi tidak?

RELATED NEWS

+