Permainan seakan Ghost of Tsushima, Sekiro: Shadows Die Twice yang dibangunkan oleh FromSoftware (Demon’s Souls, Bloodborne) dengan kolaborasi bersama Activision Publishing Inc akan dilancarkan pada Jumaat, 22 Mac 2019.
Sekiro: Shadows Die Twice adalah permainan aksi kembara dengan elemen RPG. Sedikit mengenai konsepnya, ia memfokuskan pertarungan Shinobi ketika era Sengoku, salah satu era yang membawakan peristiwa berdarah dalam sejarah Jepun.
Korang juga boleh expect perlawanan pedang dan pelbagai aksi lain menggunakan prosthetic ninja arm. Pada Ogos lepas, ia memenangi anugerah Best of Gamescom di Gamescom 2018 dan meraih perhatian komuniti gaming di seluruh dunia.
Kalau korang beli Standard Edition dalam bentuk CD dan pembelian awal edisi digital, korang akan menerima digital art works yang memaparkan concept art dan Original Mini Soundtrack yang termasuk soundtrack dalam permainan.
Pra-tempahan untuk edisi digital pada 21 Mac 2019 dan korang akan menerima tema original PS4 sebagai bonus.
Edisi terhad Sekiro: Shadows Die Twice iaitu Collector’s Edition pula boleh didapatkan pada 22 Mac 2019 dan akan mempunyai: figura 18cm, satu art book, peta, Steelbook, replika untuk game coins dan soundtrack digital.
Ini adalah harga bagi setiap edisi permainan ini:
- Collector’s Edition (SRP) – RM 479
- Blu-ray Disc version (SRP) – RM 209
- Digital Download version (SRP) -RM 199