5 bos permainan video yang layak digelar bos

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Banyak bos di dalam permainan video pasti akan membuat anda geram, terpegun dan berasa sangat berpuas hati untuk berlawan.

Namun tidak semua bos yang layak menjadi bos. Ada beberapa bos di dalam permainan video yang tidak layak untuk menjadi bos.

Tidak bermakna semua bos yang dilawan ini adalah susah.

Ini adalah 5 Bos Permainan Video yang layak menjadi Bos:

1. Fatalis (Monster Hunter World : Iceborne)

Fatalis adalah Black Dragon yang dikatakan Elder Dragon yang lebih kuat dari biasa.

Bos ini sudah menjadi mimpi ngeri untuk ramai pemain Monster Hunter. Fatallis yang menjadi bos terakhir dari Iceborne ini membuat semua bos-bos yang sebelum ini tampak mudah.

Dia juga sangat hebat dan sangat susah untuk dilawan.

Anda perlu mematahkan tanduk Fatalis kerana jika anda membiarkan tanduk tersebut Fatalis akan membuat dunia anda bagaikan lautan api yang boleh membunuh serta-merta.

Jika anda tidak mempunyai Armor endgame anda tidak ada peluang langsung untuk berlawan dengan Fatalis.

Apa yang diperlukan untuk mengalahkan Fatalis adalah kordinasi yang sangat baik di dalam pasukan anda.

2. Myra (Evil Within 2)

Myra adalah bos dari permainan Evil Within 2 dan Myra sangat seronok untuk dilawan dan layak menjadi bos.

Dia akan mempunyai beberapa tempat kelemahan yang anda perlu tembak untuk berlawan.

Apabila menukar bentuk, Myra akan meletup dan mengeluarkan begitu banyak labah-labah yang sebenarnya membantu anda untuk bentuk seterunya dengan memberi peluru dan pelbagai barang lain.

Bos ini juga tidak semudah yang disangka.

3. Lady Maria (Bloodborne)

Walaupun Lady Maria tidak sesukar bos-bos lain di dalam Bloodborne tetapi mechanic yang Lady Maria ada membuatkan perlawanan sangat menyeronokkan.

Fasa kedua dan ketiga yang menjadikan Lady Maria unik.

Lady Maria akan menusuk diri dengan pedangnya dan mengeluarkan kuasa baru yang membuatkan serangan Lady Maria menjadi sangat jauh dan beberapa pergerakan lain yang menggunakan kuasa darah dengan api.

Satu kesilapan boleh terus membuatkan anda mati.

4. Lernie, The Bone Hydra (Hades)

Lernie adalah bos yang sangat unik dan sukar. Setiap kepala juga akan bertukar setiap kali anda berlawan Lernie.

Dari tembakan laser, serangan api dan banyak kepala lain yang hanya ada untuk menyusahkan anda.

Lernie pada awal adalah antara bos yang sangat sukar tetapi lama kelamaan dia akan menjadi mudah untuk anda.

Tetapi Lernie masih menjadi bos yang sangat seronok untuk dilawan.

5. Sigrun (God of War)

Sigrun adalah Permaisuri Valkyrie.

Walaupun hanya bos rahsia dalam God of War, Sigrun menaikkan tahap kesusahan permainan ini ke tahap yang anda tidak sangka.

Apa yang membuatkan Sigrun susah ialah terlalu banyak jenis serangan yang anda perlu ambil tahu.

Dia boleh bergerak sepantas kilat di dalam arena, menyerang dari udara yang sudah pasti akan membunuh anda dalam satu serangan.

Sigrun adalah bos yang menghukum pemain-pemain yan tamak dan tidak sabar. Sedikit kesilapan bakal menjadi kejatuhan anda.

Siapa lagi bos yang anda rasa layak untuk menjadi bos?

RELATED NEWS

+