Messi lawan Mbappe dalam God of War? dan banyak lagi berita pelik dalam dunia gaming

Selalunya anda mendengar berita pelik tentang dunia luar. Kali ini berita pelik dari dunia gaming.

1. Messi vs Mbappe dalam God of War

Mod ini dibuat oleh seorang peminat bola sepak dan God of War.

Mod God of War ini menukarkan Kratos kepada Mbappe dan Baldur kepada Messi.

Mungkin ini sahaja balas dendam yang mampu dibuat oleh Perancis selepas kekalahan mereka di World Cup 2022 tahun lepas.

2. Ikan yang mengalahkan Pokemon Sapphire akhirnya berhenti menjadi streamer

Seekor ikan yang pernah menghabiskan Pokemon Sapphire kini bakal berehat dari menjadi streamer ikan.

Anda boleh melihat saluran ini di Youtube Mutekimaru Channel.

3. Permainan Lord of Rings: Return Of The King dibuat menggunakan permainan video golf Tiger Woods

Siapa sangka permainan video Lord of The Rings dibuat daripada permainan video Tiger Woods PSP.

Semua ini hanya kerana mereka memerlukan satu kawasan besar yang mempunyai objektif di penghujungnya.

4. Anak tergamak bunuh ibu hanya kerana set kepala VR

Seorang budak lelaki 10 tahun menembak dan membunuh ibunya di Milwaukee, Wisconsin, Amerika Syarikat.

Dia dikatakan hanya mahu menembak dinding untuk menakutkan ibunya tetapi terkena ibunya.

Apa lagi berita-berita pelik dunia gaming yang anda tahu?

RELATED NEWS

+