5 drama bersiri e-sukan yang anda patut tonton

Jika anda seorang gamer dan mengikuti perkembangan e-sukan, mungkin anda berminat menonton drama yang ada elemen kompetitif.

Banyak dari drama-drama ini mempunyai tema e-sukan dan penceritaan menarik.

Drama seperti ini selalunya memberi fokus kepada kehidupan sebagai atlet e-sukan yang berjaya dan masalah yang dihadapi oleh mereka.

Drama-drama sebegini sangat popular di China dan ada sesetengahnya wajib ditonton.

1. Love 020

Drama tahun 2016 ini menceritakan di antara pelajar komputer sains Xiao Nai yang sangat popular di universitinya dan juga CEO sebuah syarikat permainan video.

Xiao Nai terjumpa salah seorang pelajar komputer sains yang sangat cantik bernama Bei Wei Wei.

Malah, Bei Wei Wei bukan hanya cantik dia juga sangat hebat bermain permainan video.

2. Cross Fire

Cross Fire menceritakan persahabatan dua pemain yang berjuang bersama dalam permainan video digelar Cross Fire.

Pada tahun 2008, Xiao Feng adalah ketua pasukan e-sukan yang selalu dipandang rendah dan diejek.

Pada tahun 2019, Lu Xiao bei pula adalah pemain genius yang bermain Cross Fire tetapi dia adalah orang kelainan upaya yang mahu menjadi pemain e-sukan terhebat.

Walaupun kedua-dua mereka ini tinggal di era berbeza, dengan kuasa luar biasa, mereka berdua dapat berkomunikasi dan bermain bersama-sama merentas masa dan ruang.

3. Falling Into Your Smile

Drama ini berasal dari novel You’re Beautiful When You Smile dan menceritakan pasukan e-sukan ZGDX di OPL (Onmyoji Premier League) yang selalunya didominasi lelaki.

Suatu hari seorang pemain profesional wanita hadir bernama Tong Yao dan menyertai pasukan itu.

Selain memberi fokus kepada Tong Yao, drama ini juga memceritakan Lu Si Cheng yang menjadi ketua pasukan ZGDX yang sangat angkuh kerana memandang rendah kelebihan Tong Yao.

Namun cinta beputik pula untuk Si Cheng.

4. Beyond Light Years

Menceritakan Lu Yu Chen, seorang pelajar yang sangat pintar dengan IQ sorang genius.

Dia sentiasa menyelesaikan masalah dengan cara berfikir penuh analisis.

Suatu hari dia terjumpa Xia Xiao Ci yang juga pemain permainan video baharu.

5. The King’s Avatar

Drama e-sukan yang sangat popular dari siri animasi dan komik dengan tajuk sama.

Mula ditayangkan pada tahun 2019, Ye Xiu adalah seorang bekas pemain profesional No.1 terhebat yang dibuang dari pasukannya tanpa sebab yang munasabah.

Akaun karakternya diambil dan karakter kesayangannya digunakan oleh orang lain.

Ye Xiu kemudian bekerja sebagai pengurus kafe siber dan cuba untuk membuat comeback.

Glory permainan MMORPG campur MOBA yang disukai ramai kini membuka server ke-10 dan kini Ye Xiu cuba untuk kembali dengan 10 tahun pengalaman e-sukan sebagai pemain profesional hebat.

Jadi ini antara lima siri e-sukan yang anda patut tengok.

RELATED NEWS

+