Inilah jadual Sukan SEA 2023 bagi acara e-sukan

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Sukan Asia Tenggara ataupun lebih dikenali ramai sebagai Sukan SEA sudah bermula sejak 29 April yang berlangsung di Kemboja namun untuk acara e-sukan, ia akan membuka tirainya pada 6 Mei (Sabtu).

Temasya dwitahunan ini menawarkan sembilan pingat untuk lima permainan video terdiri daripada Mission Against Terror (MAT) ataupun Attack Online 2 (AK2), VALORANT, Crossfire, League of Legends: Wild Rift, PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile (PUBGM) dan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).

Malaysia hanya menghantar atlet untuk empat permainan video sahaja iaitu MLBB, PUBGM, MAT dan VALORANT kerana negara selain hos tidak boleh menyertai semua acara yang dipertandingkan.

Berikut merupakan jadual untuk semua acara e-sukan Malaysia akan bertanding:

Mission Against Terror (MAT) – Acara Individu dan Berpasukan

6 Mei (Sabtu): Acara individu

7 Mei (Ahad): Acara berpasukan

Valorant – Acara Berpasukan

8 Mei (Isnin): Peringkat Kumpulan

9 Mei (Selasa): Peringkat Kumpulan

10 Mei (Rabu): Separuh Akhir dan Grand Finals

Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Wanita – Acara Berpasukan

10 Mei (Rabu): Peringkat Kumpulan

11 Mei (Khamis): Separuh Akhir dan Grand Finals

Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Terbuka – Acara Berpasukan

12 Mei (Jumaat): Peringkat Kelayakan

13 Mei (Sabtu): Peringkat Kumpulan

14 Mei (Ahad): Separuh Akhir dan Grand Finals

PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile (PUBGM) – Acara Individu dan Berpasukan

11 Mei (Khamis): Pusingan Kelayakan Berpasukan

12 Mei (Jumaat): Final Berpasukan Hari 1

13 Mei (Sabut): Final Berpasukan Hari 2

14 Mei (Rabu): Final Berpasukan Hari 3

15 Mei (Rabu): Final Individu
 
Kami di MyGameOn ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada atlet negara di Sukan SEA Kemboja!
 

RELATED NEWS

+