Memang tidak dinafikan menjadi seorang usahawan merupakan salah satu kerjaya yang amat mencabar seperti bekerja untuk masa lama, memikirkan perancangan yang menguntungkan dan mengambil risiko untuk perniagaan.
Antara ciri keusahawanan ialah mengatur strategi untuk melariskan pelbagai jenis perniagaan tak kiralah sama ada gerai makanan, perhotelan, butik dan macam-macam lagi.
Kadangkala, apabila kita terlalu penat mencari inspirasi, kita seolah-olah hilang semangat dan buntu memikirkan apakah cara untuk menghasilkan produk atau perusahaan baru yang meletup! Kalau idea bernas masih lagi tidak muncul, berikut adalah 5 permainan video yang membangkitkan semangat keusahawanan seperti Mak Cun’s Adventure!
RollerCoaster Tycoon Touch
Korang teringin nak buka teman tema? Rollercoaster Tycoon Touch membolehkan korang reka, mengubahsuai dan kongsi rekaan teman tema dalam visual berbentuk 3D semudah satu jari. Terdapat 250 tarikan teman tema korang boleh bina seperti roda ferris, kuda pusing, roller coaster, restoran dan banyak lagi. Melalui permainan ini, korang juga harus menguruskan taman ini dan membina teman tema idaman yang lagi gempak daripada teman tema Genting Highlands!
Bina dan urus teman tema gempak tersendiri dalam Rollercoaster Tycoon Touch di Android dan iOS.
Youtubers Life
Dalam Youtubers Life, korang akan uruskan saluran di YouTube dan mengambil apa jua cara untuk melariskan saluran YouTube bagi dapatkan nombor langganan tinggi! Ini termasuk promosi tak henti-henti di laman sosial, berjumpa dengan pengaruh terkenal, membeli kamera berpatutan dan berkualiti, mengubahsuai tempat rakaman korang menjadi lebih menarik dan macam-macam cara lain.
Teringin nak jadi YouTuber terkenal seperti PewDiePie, Jenna Marbles atau Ryan’s World? YouTubers Life kini berada di Android, iOS, PC, PS4, Xbox One, Switch dan Mac.
Game Dev Tycoon
Nak tahu apa yang perlu buat bagi menghasilkan permainan video kegemaran korang? Game Dev Tycoon selami cara untuk membangunkan permainan semasa tahun 1980an. Kejayaan untuk hasilkan permainan popular selaris Death Stranding memerlukan pelbagai eksperimen, topik menarik, cara permainan gempak, pengubahsuaian enjin permainan dan sebagainya yang akan mempengaruhi penilaian permainan korang di mata pemain.
Kalau nak jadi berjaya seperti Wan Hazmer atau Hideo Kojima, mainlah Game Dev Tycoon di Android, iOS dan PC.
Two Point Hospital
Two Point Hospital membenarkan korang mengambil tempat sebagai pengurus hospital. Pengurusan hospital bukan sahaja tertumpu kepada pesakit. Malah, korang kena fikir bagaimana untuk mengubati penyakit berbahaya, mengubahsuai hospital yang efektif dan lancar serta menguruskan pelbagai karenah staf hospital dari doktor sehinggalah atendan hospital.
Jadilah pengurus hospital berjaya di Two Point Hospital yang boleh dimainkan di PC, PS4 dan Xbox One.
SimCity Buildit
Siri permainan simulasi, The Sims kini boleh dimainkan secara mudah alih! Sebagai seorang menteri, korang boleh merancang dan membangunkan bandar sehingga menjadi seindah bandar Kuala Lumpur, New York dan sebagainya. Korang boleh bina bangunan pencakar langit, kilang-kilang, mercu tanda, lebuh raya dan taman orang ramai bagi membawa pulangan tinggi dan memakmurkan masyarakat.
SimCity Buildit boleh dimainkan di Android dan iOS.
—
Dengan pelbagai produk dan aplikasi diciptakan oleh rakyat Malaysia yang mempunyai semangat keusahawanan tinggi, kita sebagai pengguna haruslah rajin menyokong barang buatan Malaysia! Melalui Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2019 dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Langkah-langkah yang diambil oleh KPDNHEP adalah seperti:
Penembusan produk-produk PKS ke dalam sektor peruncitan untuk membantu meningkatkan dan menyokong produk-produk buatan tempatan untuk disenarai tetap di pasar raya besar (hypermarket), pasar raya (supermarket), kedai serbaneka (convenient store) dan banyak lagi!
Kerajaan juga akan memanfaatkan kelebihan ekosistem ekonomi digital dan infrastruktur e-dagang melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif kempen, promosi, diskaun jualan secara berterusan melalui portal online marketplace utama di Malaysia.
Anjuran misi perdagangan ke Luar Negara secara strategik bersama-sama pasar raya besar asing di Malaysia juga diadakan bagi memperkenal dan mempromosikan KBBM melalui Program (Malaysian Goes Global/Taste of Malaysia) secara terus di pasaran antarabangsa yang berpotensi seperti di Jepun, Dubai dan China.
Selain itu, Kerajaan juga mempertimbangkan untuk melaksanakan kerjasama strategik dan kolaborasi khas dengan mana-mana pihak/organisasi/ syarikat berkepentingan yang sanggup menyokong dan menyahut hasrat Kerajaan untuk mempromosikan KBBM 2019 seperti promosi/kempen KBBM melalui paparan-paparan papan iklan termasuk LED billboard di lebuh raya, jalan raya, panggung-panggung wayang dan juga stadium-stadium utama seluruh Negara.
Ini bermakna semakin ramai orang menggunakan barangan Malaysia tak kira apa-apa industri, semakin rancaklah dan sihatlah ekonomi negara Malaysia. Ayuh, mari kita beli barangan Malaysia!
Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.