5 permainan video yang mendapat ‘hype’ tapi dibatalkan

Banyak sebenarnya permainan video di luar sana yang sudah  diumumkan. Semua orang berasa seronok dan ‘hype’ namun tiba-tiba dikecewakan kerana permainan video ini dibatalkan begitu sahaja.

Ada yang dari studio yang bermasalah dan ada yang disebabkan oleh pemilikan francais.

Jom tengok senarai 5 Permainan Video yang mendapat ‘hype’ namun dibatalkan.

1.Silent Hills PT

Diumumkan pada tahun 2014, Silent Hills PT menjadi kegilaan ramai peminat apabila mendapat tahu bahawa ia bakal dipelopori oleh Hideo Kojima dan Guillermo del Toro.

Malah, Norman Reedus juga bakal menjadi watak utama untuk Silents Hills kali ini.

Namun permainan ini dibatalkan dengan kenyataan rasmi dari Konami.

2. Pirates of the Caribbean: Armada of the Damned

Tidak banyak permainan video lanun yang baik setakat ini.

Namun, Pirates of the Caribbean: Armada of the Damned banyak menarik peminat untuk bermain dan dibatalkan pada tahun Oktober 2010.

Anda boleh membuat karakter lanun anda sendiri dan pilih untuk menjadi lanun ‘baik’ atau lanun jahat.

Sebagai seorang lanun anda juga dapat mengembara di laut dan darat dan permainan ini adalah seakan-akan Sea of Thieves.

Mungkin Sea of Thieves muncul akibat inspirasi dari permainan video ini?

3. Star Wars Battlefront III

Star Wars: Battlefront 3 sepatutnya menjadi permainan video seterusnya dari Star Wars: Battlefront 2.

Melihat semua lukisan konsep, banyak juga menunjukkan beberapa benda baru untuk dunia Star Wars seperti Obi Wan Kenobi versi jahat.

Namun Star Wars: Battlefront 3 dibatalkan dan berkemungkinan besar digantikan oleh Star Wars Battlefront yang baru sekarang.

4. Lord of the Rings MMORPG

Diumumkan pada 2018, Lord of the Rings MMORPG baru ini bakal menjadi permainan video baru untuk francais LoTR.

Dibikin oleh Amazon Games namun akibat masalah dengan Tencent permainan video ini dibatalkan.

Masalah kontrak juga menjadi antara penyebab mengapa permainan video ini dibatalkan.

Mungkin kita bakal mendapat MMORPG LoTR baru nanti?

Buat masa ini anda masih boleh bermain Lord of The Rings Online.

5. Star Wars 1313: Descent to the Underworld

Satu projek yang membuatkan ramai peminat Star Wars menunggu.

Permainan video ini dibatalkan akibat dari pemilikan francais dari The Walt Disney yang membeli francais Star Wars.

Disney pula bertindak untuk membatalkan permainan video ini apabila menutup LucasArts.

Star Wars 1313 menceritakan mengenai zaman kegemilangan Boba Fett ketika muda di dalam dunia underworld di Coruscant.

Setakat ini sahaja 5 permainan video yang mendapat ‘hype’ namun dibatalkan.

Apa lagi permainan video lain yang anda tertunggu-tunggu namun dibatalkan begitu sahaja?

RELATED NEWS

+