Tidak semua Pokemon adalah secomel Pikachu. Pokemon dicipta untuk semua peringkat umur dan khusus kepada kanak-kanak
Tetapi ada juga Pokemon yang mempunyai asal usul lebih mengerikan dari hanya cerita-cerita kanak-kanak.
Ini antara Pokemon yang paling menyeramkan yang patut diketahui:
1. Yamask
Yamask boleh dikatakan adalah hantu sebenar. Topeng yang dibawanya adalah muka sebenarnya ketika masih hidup sebagai seorang manusia.
Jika anda melihat topeng itu, Yamask akan menangis. Ia juga dikatakan mempunyai memori ketika hidup dulu.
2. Shedinja
Seperti serangga sebenar, Shedinja adalah hasil bersalin kulit dari Nincada.
Apabila Nincada evolve, dia akan bersalin kulit menjadi Ninjask.
Tetapi kulit yang ditinggalkan itu akan menjadi hantu yang hanya terbang, tidak bergerak, tidak bernafas.
Jika anda melihat ke dalam rongga badan Shedinja, roh anda akan dicuri.
3. Banette
Banette pada asalnya adalah patung permainan kanak-kanak.
Patung itu akan bertukar menjadi Banette apabila kanak-kanak itu membuangnya begitu sahaja.
Banette akan berdendam dan menyucuk dirinya dengan jarum dan menjadi patung voodoo.
Pokemon ini juga akan mencari kanak-kanak itu untuk mengenakan sumpahan kerana membuangnya dahulu.
4. Spoink
Walaupun comel, Spoink mempunyai satu fakta yang sangat mengerikan. Menurut Pokedex, Spoink perlu sentiasa melompat dan bergerak.
Pergerakan yang dibuat olehnya membantu untuk menggerakkan jantungnya juga.
Jadi jika Spoink berhenti melompat dan bergerak maka dia akan mati.
5. Froslass
Berasal dari motif yokai Yuki-onna (Hantu Perempuan Salji) dari Jepun, Froslass antara Pokemon yang menakutkan.
Dia akan membekukan mangsanya sehingga mati.
Froslass kemudian akan membawa mayat beku itu untuk menjadi dekorasi di dalam rumahnya.
Makanan kegemaran Froslass adalah roh lelaki tetapi hanya jika lelaki itu kacak.
Dalam Pokedex Ultra Sun, jika malam itu terdapat ribut salji yang teruk, kalau ada sesiapa yang mengetuk pintu rumah, anda jangan buka.