Pokemon Company saman 6 syarikat China sebanyak RM322 juta

Pokemon Company kini mahukan permohonan maaf secara terbuka kerana melanggar akta hak cipta.

Saman ini dibuat terhadap enam syarikat dari China untuk beberapa permainan video yang melanggar akta hak cipta dan tingkah laku persaingan yang tidak adil.

Tuntutan yang dibuat adalah sebanyak AS$72 juta (RM322 juta) untuk semua kerosakan yang sudah dibuat dan memohon mereka untuk membuat permohonan maaf secara terbuka di semua pelantar sosial media utama, laman sesawang permainan video dan di kedai aplikasi.

Permohonan maaf perlu dibuat di Sina.com, Tencent.com dan NetEase.com.

Seperti yang dilaporkan oleh The South China Morning Post, Pocket Monster Reissue adalah permainan video mudah alih yang menggunakan terlalu banyak persamaan Pokemon termasuk sistem berlawan.

Pocket Monster Reissue, or Koudaiyaoguai Fuke, is a Chinese mobile game. Photo: Screenshot

Pocket Monster Reissue juga sudah berada di China sejak tahun 2015 dan mereka berjaya mendapatkan RM16 juta sebulan untuk tahun pertama mereka.

Pokemon juga baru sahaja menembusi pasaran China, Pokemon Sun and Moon adalah permainan video pertama mereka secara rasmi yang mempunyai versi China.

Nyata, Pokemon sangat popular di China malah Pokemon GO juga sudah diharamkan di sana sejak tahun 2017 lagi.

Rujukan: South China Morning Post

RELATED NEWS

+