Pokemon Trading Card Game Pocket – TCG Pokemon dipermudahkan

The Pokemon Company dan DeNA akan melancarkan Pokemon Trading Card Game (TCG) Pocket untuk pelantar iOS dan Android.

Pokemon TCGPocket adalah permainan video kad Pokemon versi yang lebih mudah.

Permainan ini akan memberikan anda dua pek booster sehari untuk dibuka secara percuma.

Anda juga boleh mengumpulkan banyak kad dengan rekaan seni nostalgia yang lama dan juga kad-kad baru eksklusif untuk Pokemon Trading Card Game Pocket.

Pokemon TCG Pocket juga akan memperkenalkan Immersive Cards iaitu kad yang mempunyai ilustrasi bergerak-gerak seolah-olah memberi rasa berada dalam dunia Pokemon.

Permainan ini dijangka akan dilancarkan tahun ini.

RELATED NEWS

+