Dari era konsol ke era cakera padat sehingga ke era permainan video dalam talian. Transaksi dalam talian atau microtransactions dengan menggunakan wang adalah normal. Anda pasti pernah membeli sesuatu di dalam permainan video dengan menggunakan wang Ringgit.
Ada orang yang sanggup untuk membelanjakan begitu banyak wang semata-mata ingin mendapatkan pedang atau pistol yang paling jarang atau sukar untuk dijumpai.
Di sini penulis senaraikan 6 In-Game Items yang paling mahal pernah dibeli:
1. Karambit Crimson Web dari Counter-Strike: Global Offensive
Kerambit yang asalnya dari Indonesia ini merupakan antara in-game items paling mahal pernah dijual. Bermula dengan harga AS$2000 (RM8000). Tetapi untuk versi Blue Gem ia dijual sebanyak $22,000 (RM88,000) manakala versi King of Blue Gems pula pernah dijual dengan harga setinggi AS$100,000 (RM400,000) hanya untuk satu!
2. Topi ‘Party’ Biru dari Runescape
Runescape antara permainan MMO klasik yang masih dimainkan sehingga hari ini. Hanya semata-mata untuk mendapatkan Topi Party Biru seorang pemain Runescape perlu menyediakan minimum AS$2000-AS$4000 (RM8,000-RM12,000) untuk mendapatkan topi biru eksklusif ini.
3. Amsterdam dalam Second Life
Second Life adalah permainan video yang seakan-akan membuat anda hidup di dalam dunia kedua. Amsterdam, merupakan salah satu bandar yang telah dicipta di dalam dunia Second Life.
Ia penuh dengan rea bentuk dan infrastruktur yang sama dengan Amsterdam dunia nyata, jalan-jalan yang terkenal dan juga trem. Penjualan ini terjadi pada tahun 2007 apabila ada penjualan bandar ini di eBay dengan harga AS$50,000 (RM200,000).
4. Pedang dalam Age of Wulin
Age of Wulin antara permainan video atas talian yang terkenal di China. Ada pemain telah membeli satu pedang dengan harga AS$16,000 (RM64,000). Pedang ini adalah satu-satunya pedang yang wujud di dalam permainan itu.
5. Ethereal Flames Pink War Dog dari Dota 2
Courier dari Dota 2 merupakan salah satu pembantu paling penting ketika bermain Dota 2. Mereka akan menghantar barang-barang yang telah anda beli kepada karakter yang anda guna supaya anda tidak perlu balik ke kubu.
Courier ini menjadi antara yang paling sukar dijumpai apabila mempunya efek Ethereal Flame yang berwarna merah jambu. Courier ini pernah dijual dengan harga AS$38,000 (Rm152,000).
6. Planet Calypso dalam Entropia
Entropia adalah permainan MMORPG Sains Fiksyen yang mempunyai pelbagai dunia dan juga menggunakan ekonomi mata wang sebenar.
Dalam permainan ini anda boleh membeli bintang dan juga mempunyai asteroid anda sendiri. Jikalau anda mempunyai wang yang cukup anda juga boleh membeli sebuah planet. Sebuah syarikat digelar SEE Virtual Worlds telah berjaya membeli Planet Calypso dari MindArk Studios dengan harga AS$6 juta iaitu sebanyak RM24 juta.
Sebenarnya banyak lagi in-game item mahal yang pernah dijual mahupun dibeli nantikan lagi jenis in-game item mahal di artikel akan datang.