7 Perkara Korang Perlu Tahu Tentang Kejohanan E-Sukan (PES 2019) Terbesar Di Universiti

Siapakah bakal bergelar skuad e-sukan peringkat universiti terbaik negara?

Bagi mencari bakat dalam kalangan siswa dan siswi yang hebat bertanding dalam esports, Media Prima Digital, Celcom Axiata Berhad serta Predator mengumumkan XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus (KEK) 2019, yang pertama menampilkan skuad e-sukan peringkat universiti terbaik di seluruh negara bagi merebut hadiah tunai terkumpul berjumlah RM180,000!

 

1) KAT MANA NAK DAFTAR NI?

Korang boleh pergi terus ke LINK ini untuk mendaftar. Klik LINK ini pula untuk terma & syarat.

 

2) DI MANA ACARA INI AKAN DIANJURKAN?

Dianjurkan oleh MyGameOn dengan kerjasama Kitamen, ia akan diadakan di lima zon berbeza.

Selatan – Negeri Sembilan, Melaka dan Johor

Tengah – Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya

Utara – Perak, Pulau Pinang, Perlis dan Kedah

Pantai Timur – Terengganu, Pahang dan Kelantan

Borneo – Sabah dan Sarawak

Grand Finale – Lembah Klang

Buat masa ini, KEK dijadualkan berlangsung di beberapa universiti utama termasuklah Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

 

3) BERAPA HADIAH WANG TUNAI TERKUMPUL UNTUK PERTANDINGAN PES 2019?

Bagi kategori PES 2019, sebanyak RM30,000 prize pool ditawarkan!

 

4) BERAPA PEMAIN SATU TEAM?

Hanya 3 orang sahaja untuk setiap pasukan. Tiada pemain simpanan.

 

5) BAGAIMANA PUSINGAN KELAYAKAN DILAKUKAN?

Akan berlangsung secara offline di universiti yang akan diumumkan kelak. Korang boleh refer timeline penuh di SINI.

 

6) HACKATHON E-SUKAN DAN GAMING

Selain kejohanan e-sukan, akan turut ada elemen pendidikan ketika zon final seperti pameran kerjaya, booth pendidikan, sesi perkongsian dan diskusi bersama pemain industri, trak makanan, tarian kecergasan dan banyak lagi. Jadi untuk siswa mahupun orang awam boleh memeriahkan acara ini dengan aktiviti yang sesuai untuk semua.

Selain itu, XPAX Hackathon adalah pengisian diberikan kepada siswa untuk membentangkan idea bernas kepada penganjur dan hadiah eksklusif dari XPAX menanti pemenang.

Korang boleh lihat info lanjut dan pendaftarannya di SINI.

 

7) FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ)

S: Adakah pemain dari kampus lain boleh sertai pasukan yang majoritinya dari satu kampus? Contoh: 4 pemain dari UiTM Shah Alam, seorang pemain dari UiTM Segamat.

J: Tidak. Setiap pasukan perlulah mewakili kampus masing-masing.

 

S: Adakah kakitangan universiti dibenarkan untuk menyertai XPAX KEK?

J: Tidak. Peserta hanya dari kalangan penuntut universiti sahaja.

 

S: Berapa jumlah yuran penyertaan untuk kejohanan e-sukan ini?

J: Tidak ada sebarang caj atau yuran penyertaan dikenakan.

 

S: Bolehkah pelajar dari Politeknik dan Matrikulasi menyertai pertandingan ini?

J: Ya boleh. Korang perlu mendaftar pasukan mengikut kawasan terletaknya kampus/institut pengajian itu. Contoh: Pelajar dari Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak perlu mendaftar di bawah Zon Utara. 

 

S: Adakah pelajar dari institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini?

J: Ya, kejohanan e-sukan ini terbuka untuk semua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

TAGS

RELATED NEWS

+