Aang, Zuko, dan Korra akan muncul dalam SMITE bermula dari Julai ini

Titan Forge Games telah mengumumkan Avatar Battle Pass untuk permainan video SMITE. Ia akan dilancarkan pada bulan Julai ini dan memperkenalkan tiga skins dari siri animasi Avatar: The Last Airbender dan The Legend of Korra.

Tiga skins yang terkandung dalam Battle Pass tersebut adalah Aang untuk Merlin, Zuko untuk Susano, dan Korra untuk Skadi.

Sudah lama kita tidak melihat watak-watak ini muncul dalam sebuah permainan video. Walaupun mereka hanya diperkenalkan sebagai skins, ia semestinya menarik minat peminat kedua-dua siri animasi tersebut.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+