Smite 2 diumumkan! – Sekuel selepas 10 tahun

Titan Forge Games, pembangun MOBA third-person SMITE mengumumkan SMITE 2.

Sekuel ini juga akan membuat banyak perubahan kepada dunia e-sukan mereka termasuk acara-acara LAN.

Dengan 130 hero, selepas 10 tahun SMITE menggunakan tema dewa-dewi dan mitologi yang ada di pelusuk dunia.

Smite 2 dibangunkan menggunakan Unreal Engine 5 kini dengan grafik jauh lebih hebat dari Smite 1 yang menggunakan Unreal Engine 3.

SMITE 2 on Steam

Mekanik dalam permainan ini juga akan diubah banyak dan perubahan Engine menyebabkan kosmetik berbayar dari Smite 1 tidak dapat dibawa ke Smite 2.

While OG players will get rewarded, Smite cosmetics will not carry over  into Smite 2 | VG247

Satu temubual dari Jake Lucky juga ada menanyakan perkara ini kepada pengeluar.

Tetapi untuk pemain Smite 1 anda akan mendapat sistem Legacy dimana pemain lama akan mendapat balik matawang premium dari Smite 1 untuk digunakan di Smite 2.

Smite 2 kini dalam fasa Alpha dan akan membawa 50 hero baru dan lama ke permainan itu.

RELATED NEWS

+