Abyssal Arrow dan Real World Manipulation menyekat kemaraan Geek Fam

Perlawanan pada peringkat upper bracket dimulakan dengan pasukan Orange Esports bertemu dengan pasukan Geek Fam. Orange Esports adalah raja kumpulan A di peringkat liga dengan prestasi yang cukup baik dipamerkan oleh mereka.

Pasukan Orange Esports memberikan fokus kepada LinkEzaa untuk mendapatkan farming dan level 12. Seperti kita maklum, Aulus akan menjadi hero yang cukup kuat apabila berjaya mendapatkan level 12. Ini kerana kesemua perks ultimate dimilikinya akan dibuka.

Pasukan Geek Fam berjaya mendapatkan momentum pada awal permainan selepas mengawal turtle yang pertama dan menumbangkan ahli pasukan Orange. Orange Esports terpaksa membiarkan perkara itu berlaku untuk memberikan ruang kepada LinkEzaa farming.

Geek Fam kemudiannya berjaya dikawal oleh pasukan Orange dengan Real World Manipulation yang menyekat kemaraan Geek Fam untuk bertindak agresif.

Selepas berjaya mendapatkan level 12, LinkEzaa terus mengganas di dalam peta dengan bantuan Black Dragon Form dan Abyssal Arrow yang tepat ke arah musuh. Luminous Lord berjaya diambil pasukan Orange Esports pada minit ke-14 untuk mereka menamatkan permainan.

Terdahulu, pasukan Orange Esports tewas di tangan pasukan Geek Fam di peringkat liga. Orange Esports akan terus mara untuk bertemu dengan pasukan Todak atau SMG selepas ini.

RELATED NEWS

+