Fnatic bakal perkenal pasukan MLBB untuk Esports World Cup?

Fnatic antara organisasi e-sukan terbesar di dunia memberi bayangan bakal memperkenalkan pasukan MLBB mereka di Esports World Cup nanti.

Jika hal ini benar, ini adalah pasukan pertama Mobile Legends dari United Kingdom.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Fnatic (@fnatic)

Fnatic bukanlah pasukan Eropah pertama yang mahu berkecimpung dalam MLBB di mana inspirasi ini mungkin diambil dari Team Secret.

Team Secret sebaliknya mengambil barisan pemain mereka dari Malaysia ketika debut di MPL MY dulu.

Setakat ini masih tidak diketahui skuad apa yang akan dibuat oleh Fnatic sama ada skuad wanita atau tidak. Namun, mereka boleh mengambil peluang kerana Kejohanan Jemputan Wanita MLBB (MWI) bakal dianjurkan di EWC.

Malahan, kebanyakan pasukan utama sudah pun mempunyai organisasi masing-masing, Sama ada Fnatic akan ‘membeli’ atau mendapatkan roster ini masih menjadi tanda tanya.

E-sukan MLBB juga kini meraih populariti besar apabila berjaya menjadi e-sukan MOBA mudah alih yang dominan dan ramai peminat di serata dunia terutama Asia Tenggara.

RELATED NEWS

+