Acara kolaborasi Ragnarok X: Next Generation dan anime ‘That Time I Got Reincarnated as a Slime’ kini tiba

Nuverse, penerbit permainan MMORPG Ragnarok X: Next Generation mengumumkan kolaborasi terbaru mereka menganjurkan acara dalam permainan bersama siri anime, ‘That Time I Got Reincarnated as a Slime’.

Acara ini akan berlangsung bermula hari ini hingga 10 Oktober.

Dalam acara ini, pemain akan dapat menikmati cabaran baru, pakaian baru, MVP, mini-bos dan banyak lagi. Jadi daftar masuk segera dan dapatkan ganjaran anda.

Bagi mereka yang tidak tahu, anime That Time I Got Reincarnated as a Slime (atau dikenali sebagai Tensura) adalah siri anime Jepun yang mula ditayangkan pada 2018 dengan Bahagian 1 untuk musim keduanya tamat pada Julai tahun ini.

Anime ini mengisahkan tentang Mikami Satoru, pekerja korporat yang dibunuh oleh pembunuh rawak dan dilahirkan semula di dunia alternatif sebagai Slime, yang bernama Rimuru. Dengan identiti baru, Rimuru mula mengembara di dunia barunya untuk membina dunia yang mesra untuk semua bangsa. 

Bagi mereka yang tahu tentang siri anime ini, pasti mengecam rekaan protagonis slime itu seakan-akan Poring daripada Ragnarok. Jadi, kolaborasi ini adalah satu gabungan yang sangat serasi.

Di dalam dunia Midgard, pemain akan berhadapan dengan bos MVP ‘Storm Dragon’ dan Mini Bos ‘Orc Disaster’ di dalam cabaran baru. Pemain akan berpeluang untuk mendapatkan kad daripada dua bos itu dan event coins yang boleh ditebus untuk hadiah menarik.

Selain itu, kolaborasi ini juga akan menampilkan acara ‘Slime Fantasy World’ sebuah mod ala Monopoly dimana pemain akan bersaing untuk mendapatkan pelbagai barangan kolaborasi, seperti headgear dan kostum yang berasaskan karakter anime itu. 

Pemain akan menerima dadu untuk mod ini dengan menyelesaikan cabaran harian dan cabaran acara. Malah, pelbagai hadiah menarik boleh ditebus dengan mata yang dikumpul.

Ragnarok X: Next Generation ini boleh dimuat turun di App Store bagi iOS dan Play Store bagi Android. 

Untuk maklumat lanjut, atau perkembangan mengenai Ragnarok X: Next Generation, ikuti mereka di laman rasmi mereka di SINI, atau media sosial mereka Facebook, Instagram dan saluran YouTube mereka. 

RELATED NEWS

+