Nuverse sebelum ini mengumumkan sesi beta tertutup bagi Ragnarok X: Next Generation di Malaysia. Sesi pra-daftar juga di buka melalui laman rasmi Nuverse.
Ia akan dilancarkan pada 18 Jun ini dan sesi pra-daftar juga dibuka untuk App Store dan Play Store.
Semasa sesi beta tertutup, 50 ribu watak telah dihasilkan oleh pemain dan ramai menyambut Ragnarok X: Next Generation dengan baik. Pelbagai penambah-baikan juga telah dibuat dan disukai ramai pemain dengan inovasi baru.
Ragnarok X : Generation membawa pelbagai perubahan baru untuk untuk genre MMORPG tapi tidak lari dari perkara yang disukai oleh pemain-pemain lama Ragnarok.
Ragnarok X akan membawa 6 kelas asal iaitu Swordsman, Theif, Acolyte, Mage, Archer dan Merchant.
Setiap kelas akan mempunyai 2 naik taraf kelas dan 3 tahap tambahan. Tidak lupa juga sistem baru iaitu Casual Class yang membolehkan anda melakukan aktiviti seperti memancing, melombong, menanam, peleburan, memasak dan krafting.
Pelbagai fungsi baharu juga antaranya grafik 3D yang lebih cantik, 100 misi sampingan berserta penceritaan baharu. Dengan grafik baru ini memudahkan pemain untuk bertempur dan mengembara serata dunia Midgard.