Acer memperkenalkan Acer Swift Go 14 – portable dan berkuasa

Acer Malaysia semalam mengumumkan siri Swift Go 14 yang dikenali dengan portability dan kini AI tersedia. Ia sesuai untuk mereka yang inginkan penambahan pada produktiviti dan pengalaman pengguna.

Dengan rekaan dinamik dan ringan, Acer Swift Go ini hanya mempunyai ketebalan 14.9mm dengan bingkai aluminum. Ia hanya seberat 1.32 kg sahaja.

Pemprosesan Intel Core Ultra membolehkan teknologi AI tersedia di Acer Swift Go 14 untuk menggunakan teknologi itu dengan penjimatan kuasa. Ia juga boleh digandingkan (pairing) dengan peranti iOS dan Android untuk memindahkan fail, membuat panggilan, menghantar pesanan dengan mudah.

Bagi anda yang masih di peringkat universiti dan bekerja, komputer riba ini sesuai kerana ia mempunyai teknologi Acer PurifiedVoice untuk melancarkan sesi rakaman video (conferencing) dengan melenyapkan bunyi bising tak diinginkan. Webcam 1,440p QHD juga mempunyai blur untuk background.

Terdapat dua USB Type-C port yang menyokong sehingga 100W pengecasan pantas, HDMI 2.1 dan satu lod MicroSD.

Dua jenis varian kini tersedia dan kedua-duanya dilengkapi RAM 16GB LPDDR5X. 

Versi Intel Ultra 7 berharga RM4,299 manakala versi Intel Ultra 5 berharga RM3,599.

Anda boleh dapatkannya di pengedar rasmi Acer berdekatan sekarang.

RELATED NEWS

+