Acer memperkenalkan peranti yang memfokuskan produktiviti untuk perniagaan

Acer Malaysia hari ini melancarkan barisan komputer desktop dagangan, sebuah monitor dwi-paparan mudah alih dan sebuah projektor yang direka untuk meningkatkan kelancaran alir kerja untuk daya pengeluaran dan mempertingkatkan pengalaman multimedia untuk golongan profesional dan pelbagai perniagaan.

Siri Acer Veriton S2720G and X2720G – Keselamatan yang Teguh dan Pengurusan yang Fleksibel

 

Dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core generasi ke-14 terkini, Acer Veriton S720G dan Veriton X270G adalah komputer desktop entry level yang sangat sesuai untuk perniagaan. Ia hadir dengan memori RAM 8GB dan SSD 512GB untuk prestasi tangkas dan capaian data yang cepat untuk menawarkan kebolehan pelbagai tugas yang lancar bagi memenuhi keperluan para pengguna.

Ia juga hadir dengan Modul Platform Dipercayai diskret (dTPM) yang menyediakan rintangan terhadap usikan untuk penyimpanan data dan kelayakan yang selamat. Tambahan lagi, perisian Acer Office Manager, Acer Control Center dan Acer ProShield Plus memudahkan pengurusan dan memastikan keselamatan komputer dipertingkatkan.

Kedua-dua komputer desktop tersedia dengan segera dari eKedai Acer dan atau rakan kongsi yang dibenarkan. Veriton X2720G padat dengan Intel Core i3 dan Intel Core i5 masing-masing dijual dengan harga RM2,899 can RM3,289, manakala Acer Veriton S2720G bentuk ‘mid-tower’, dengan Intel Core i5 dijual dengan harga RM3,399.

Monitor Dwi-Paparan Mudah Alih Acer PD163Q – Berganda Ruang Kerja di Pejabat, di Rumah, dan di Atas Perjalanan

 

Acer PD163Q adalah sebuah monitor boleh lipat dwi-paparan lengkap dengan palam mini HDMI dan Taip-C, sesuai untuk penggunaan perniagaan dan hiburan.

Ia membolehkan golongan profesional dan pelbagai perniagaan mengekalkan prestasi yang tinggi di mana jua lokasi berkat reka bentuk mudah alih yang cerdik. Dua paparan peranti ini membolehkan pelbagai tugasan yang lebih cekap dengan membolehkan para pengguna untuk bekerja atas pembentangan di atas satu paparan di samping mencari data dan rujukan di atas satu lagi paparan.

Dengan panel IPS FHD, Acer PD163Q menyediakan sudut pandangan yang luas sebanyak 170 darjah dan memaparkan warna yang cerah. Teknologi Acer VisionCare menggabungkan beberapa ciri-ciri yang menimbangkan penggunaan berpanjangan oleh para pengguna berat. Reka bentuk mudah alihnya membolehkan para pengguna melaraskan sudut pandangan mengikuti kesesuaian tersendiri hanya dengan melipat paparan keduanya ke belakang ketika hanya memerlukan satu paparan.

Ia direka sesuai dengan penggunaan di pejabat, di rumah, atau ketika di atas perjalanan.

Tersedia dengan segera di eKedia Acer, kedai rasmi Acer di dalam Shopee dan Lazada, dan pejual rasmi Acer di seluruh negara, monitor dwi-paparan mudah alih Acer PD163Q dijual dengan harga RM1,699.

Projektor Acer X1528Ki – Pengalaman Terang, Jelas, dan Tanpa Wayar

 

Acer X1528Ki mempunyai kebolehan penayangan sehingga 5200 ANSI lumens untuk menyediakan gambar yang jelas walau di dalam persekitaran yang terang untuk menyediakan penontonan yang asyik semasa pembentangan atau sesi hiburan.

Ketika berpasangan dengan anak kunci tanpa wayar Acer, para pengguna boleh melangkaui kesusahan pengurusan wayar dan memaparkan tayangan dari telefon pintar, tablet, atau komputer riba mereka dengan senang.

Dengan nisbah lontaran 1.48-1.62, ia boleh memaparkan gambar sebesar 60-inci dari hanya 2 meter. Projektor FHD Acer X1528Ki menawarkan pelbagai pilihan penempatan, membolehkan para-pengguna menikmati media di paparan besar walau di ruang yang kecil tanpa penjejasan terhadap kualiti dan kejelasan gambar.

Manakala, ColorBoost3D™ memastikan warna yang seakan hidup, Acer LumiSense™ membolehkan penyelarasan keterangan dan ketepuan warna yang senang, dan ColorSafe II membantu penyelarasan halus tahap RGB dinamik untuk mencegah pereputan warna.

Tersedia dengan segera di eKedai Acer, kedai rasmi Acer di dalam Shopee dan Lazada, dan penjual rasmi Acer di seluruh negara, projektor Acer X1527Ki dijual dengan harga RM2,799.

RELATED NEWS

+