Acer Malaysia Umumkan 2 Gaming Monitor, XB3 Dan XV3 Berharga RM4,599 Dan RM2,999

Sempena hujung tahun 2018, Acer Malaysia melancarkan dua gaming monitor baru iaitu 4K Predator XB273K dan Acer Nitro XV273K.

XB273K yang berharga RM4,599 boleh overclock dengan kadar segar semula yang sangat pantas iaitu 144Hz, mempunyai kadar respons 4ms dan teknologi NVIDIA G-sync tanpa kompromi terhadap aspek prestasi, warna dan kelajuan ketika bermain permainan video. Sementara itu, Acer Nitro XV273K pula direka untuk permainan video kasual yang luar biasa pada harga mampu milik (RM2,999).

Acer Nitro XV273K monitor

Predator XB273K Monitor

Tambahan lagi, Acer Nitro ini mempunyai AMD Radeon Free Sync, memenuhi keperluan permainan video dengan resolusi lebih tinggi menerusi Ultra High Density (UHD), kadar segar semula 120/144Hz dan Visual Response Boost (VRB) 1ms,

Chan Weng Hong, lima dari kiri

Pengurus Besar Produk, Jualan & Pemasaran Acer Sales & Services Sdn Bhd, Chan Weng Hong berkata, monitor Predator menjadi pilihan utama dalam kejohanan esports di peringkat tempatan dan antarabangsa kerana prestasi serta ketahanan yang dimilikinya.

“Acer Malaysia sentiasa mengikuti perkembangan bagi memahami keperluan pemain dan melangkaui sempadan teknologi demi membawa pengalaman baru bermain permainan video ke tahap seterusnya (kompetitif),”

Monitor Predator XB273K boleh didapati mulai pertengahan Disember ini di kedai jualan rasmi dalam talian Acer dan semua premis jualan rasmi Acer di seluruh negara sementara XV273K pula akan dijual pada pertengahan November ini.

Acer Malaysia juga pada masa yang sama berkolaborasi bersama jenama pakaian Pestle & Mortar yang memfokuskan pakaian streetwear yang ikonik.

Rekaannya ada dua iaitu Acer Swift pada harga RM99 dan Predator, Conquer New Worlds berharga RM109. Ia boleh dibeli di SINI

RELATED NEWS

+