Activision Blizzard disaman atas masalah gangguan terhadap wanita

Syarikat besar Activition Blizzard Inc pencipta World of Warcraft dan Diablo disaman oleh pekerja wanita atas gangguan seksual, gaji tidak setimpal dan pembalasan dendam oleh kakitangan lain.

Selepas penyiasatan selama dua tahun oleh California Department of Fair Employment and Housing, sudah menjumpai bahawa pekerja wanita di Activision Blizzard mengalami  diskriminasi dengan pelbagai masalah kerja.

Ini termasuk suasana tempat pekerja, masalah pampasan, tugasan, kenaikan pangkat dan pemberhentian kerja.

Pihak atasan syarikat Activision Blizzard juga gagal menghentikan diskriminasi dan gangguan ke atas pekerja perempuan.

Pihak agensi juga memberitahu bahawa staf lelaki juga bermain permainan video semasa waktu bekerja dan membahagi kerja mereka kepada staf wanita.

Staf wanita juga membuat aduan bahawa mereka susah untuk naik pangkat akibat dikhuatiri mengandung dan selalu dikritik apabila terpaksa meninggalkan kerja untuk mengambil anak-anak mereka di tempat penjagaan kanak-kanak.

Ada juga staf wanita yang dihalau dari bilik penyusuan anak atas dasar staf mahu gunakan bilik itu sebagai bilik mesyuarat.

Pihak agensi juga akan memohon Activision Blizzard atas pematuhan untuk menjaga hak asasi pekerja wanita seperti gaji tidak dibayar, perubahan gaji, pembayaran semula dan juga kehilangan gaji dan juga hak asasi untuk staf-staf perempuan di Activision Blizzard.

Setakat ini masih belum ada apa-apa kenyataan dari Activision Blizzard mengenai kes ini.

Sumber rujukan: BloombergLaw

RELATED NEWS

+